Penulis :
Hj. Mohamad Salleh bin Hussein (Generasi Ke-11 TUN IBRAHIM)
(bin
Zakaria bin Tok Setia Ismail bin Tok Maulud bin Tok Pandak Sapa bin
Osman bin Tun Isap bin Tun Enda bin TUN BANDU@TUN SULAIMAN BIN TUN
IBRAHIM bin Tun
Muhammad bin Tun Umar bin TUN HASSAN TEMENGGUNG (Melaka) bin Bendahara
Tun Mutahir (Bendahara Melaka) bin Seri Nara Diraja Tun Ali (Darah
Hindi-Melayu) bin MANI PURINDAN (Raja Pahili - Rajasthan - Hindi).
Kg. Kol, Pos Damak,
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Tok(Tun) Ismail kemudiannya menggantikan kepimpinan
ayahandanya Tok@Tun Maulud menjadi elit tradisional di Kg. Perlum. Beberapa ketika
lamanya beliau dan keluargannya di Kg. Perlum, timbullah hasratnya untuk beredar
dari kampong tersebut memandangkan ramai saudara-maranya yang tua-tua telah
kembali ke ramatullah. Akhirnya Tok(Tun) Ismail mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kg.Tanjung Tera (Kg. Kemesar hari
ini). Di Kg. Tanjung Tera, beliau membina kediamannya berdekatan bukit dan mengadap
matahari terbit. Di hadapan kediamannya, ada satu kawaswan tanah yang boleh dibuat sawah, sangat bluas kelihatannya, manakala di hujung kampung pula ada air terjun lata cenderum. Bagi Tok(Tun) Ismail, Kg. Tanjung Tera begitu selesa dan udaranya
pun sangat nyaman.
Tok(Tun) Ismail bin Tok@Tun Maulud adalah seorang elit tradisional yang karismatik. Beliau ternyata seorang pemimpin tradisi yang bijaksana dan sangat memngambil berat hal-ehwal anak buah. Namanya bukan sahaja menjadi sebutan rakyat-jelata di sekitar Kg. Tera, tetapi melewati seluruh Pahang. Kebijaksanaan dan kewibawaanya terserlah sejak era Bendahara Ali lagi sehingga ke era Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.
Pada zaman Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Tok(Tun) Ismail bin Tok@Tun Maulud telah dikurniakan gelaran “Dato’ Gajah Mada Anak Gajah Tunggal”. Tugas utama beliau adalah memenuhi tempat duduk mana-mana Orang Besar Pahang yang tidak hadir dalam Mesyuarat Orang Besar di Istana sama ada Orang Besar 16, Orang Besar Berlapan maupun Orang Besar Berempat. Jika semua Orang Besar hadir dalam Mesyuarat Orang Besar, maka beliau akan duduk di pintu besar menunggu perintah Sultan. Tok(Tun) Ismail bin Tok@Tun Maulud telah kembali ke rahmatullah dalam tahun 1908, dan jenazahnya disemadikan berhampiran Masjid Lama Kuala Kong, Tg. Besar.
Tok(Tun) Ismail bin Tok@Tun Maulud meninggalkan beberapa orang putera dan puteri : Siti Fatimah, Zakaria, Tok Muda Mat Piah, Mat Saman, dan Mashairan. Zuriat Tok(Tun) Ismail bin Tok@Tun Maulud yang mewarisi kepimpinannya ialah Penghulu Abdullah Hashim (Penghulu Tg. Besar), dan kemudian diwarisi pula oleh Penghulu Ahmad bin Abdullah Hashim (Pengulu Tg. Besar). Demikianlah adanya secebis riwayat keturunan TUN IBRAHIM BIN TUN MUHAMAD (BANGSAWAN MELAKA DI ULU PAHANG).

saya cicit Tok Muda Mat Piah
ReplyDeleteni saya juga hehe
DeleteSaudara Kadz - sila susun SALASILAH famili anda sehingga kepada TUN IBRAHIM. Terima kasih kerana mengambil masa untuk melayari blog ini.
ReplyDeleteTok saya... Penghulu Abdullah Hashim (Penghulu Tg. Besar).ayah saya Kamarudiin , org panggil Pak Andak Din, duk d jengka 19 skrng
ReplyDeleteAssalamualaikum...mohon izin di print.
ReplyDeleteTahniah atas usaha Warisan Purba dn PSM Kaw. Lipis merekodkan kisah kisah sejarah Tg Besar. Mohon pencerahan atas alasan apakah yg sebenarnya tiada seorang pun penduduk Tg Besar sekarang memakai atau menggunakan nama Tun, Tok, Wan dsbnya yg berkaitan. Terima kasih
Salam Saudara Mohd Sidek Yaacob. Maaf kerana terlalu lewat saya menjawab kerana cukup lama saya tidak berkesempatan untuk meneliti blog psmkawasanlipis ini.
DeleteUntuk mendapat jawapan kepada soalan yang saudara kemkakan - sila berhubung dengan kerabat saudara - PAKTEH SALLEH 09-268 1948 atau ambil masa untuk menziarahi beliau di KG KOI, DAMAK - JERANTUT. Terima kasih.
Terima kasih Dr. Inn Shaa Allah..kami meziarahi ayah Teh dari masa kesemasa. Kami juga memerlukan pandangan, pendapat yang arif lainnya dalam bidang ini untuk berkongsi cerita. Terima kasih
DeleteTerima kasih Dr. Inn Shaa Allah..kami meziarahi ayah Teh dari masa kesemasa. Kami juga memerlukan pandangan, pendapat yang arif lainnya dalam bidang ini untuk berkongsi cerita. Terima kasih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Saudara Mohd Sidek. Boleh dapatkan beberapa orang saudara-mara yg dekat dan sesuai dengan saudara - jumpa saya kerana banyak yang boleh kita bincangkan mengenai SALASILAH TUN IBRAHIM. Sila hubungi saya : Drs. Wan Aminuddin melalui emel : drswanamirzamp14@gmail.com atau phone : 012-280 3685
ReplyDeleteAllahuakbar... maaf tuan saya terlepas pandang e mail ni. Terimakasih dan kami amat berbesar hati diatas kesudian Tuan Dr untuk bertemu kami dan berbincang tentang leluhur TUN IBRAHIM. Kami memang pun bercadang dan berhajat untuk bertemu Tuan, Inn Shaa Allah akan kami maklumkan nanti bila tiba waktu yang sesuai.
ReplyDeleteMSY
0122467576
Allahuakbar... maaf tuan saya terlepas pandang e mail ni. Terimakasih dan kami amat berbesar hati diatas kesudian Tuan Dr untuk bertemu kami dan berbincang tentang leluhur TUN IBRAHIM. Kami memang pun bercadang dan berhajat untuk bertemu Tuan, Inn Shaa Allah akan kami maklumkan nanti bila tiba waktu yang sesuai.
ReplyDeleteMSY
0122467576
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..bleh tau mohd sidek yaakob ni waris belah mana? macam saya ni
ReplyDeleteMuhd.Kadri bin Kamaruddin Bin Abdullah Hashim Bin Tok Muda Mat Piah Bin Tok setia Ismail Bin Tok Maulud.
Wa'alaikumussalam... Ohh Kadri ank pk Ndok Din ya. Maaf lmbt reply. Sy org Kemensar rumah depan surau. Aki saya dua pupu dgn aki Mat Piah Aok aok...Sama Jalor je dgn Kadri..baik bloh Tun Ibrahim Baginda Demu maupun Sinar mata....area kg awah chenor kertau tu ramai waris kt. Cari waris Wan Dea Zainah
DeleteShaiful bin Shaikhun bin Abd Manaf bin Nikman bin Tok Muda Mat Piah bin Tok Setia Ismal bin Tok Maulud
ReplyDeleteSalams. Kalau info dari arwah ayah saya Hassan Bin Nikman Bin Tok Muda Mat Piah Bin Tok Setia Ismail, asal keluarga kita dari Sumatra Indonesia. Ada pencerahan?
ReplyDeleteDari: Halim Bin Hassan (Shah Alam)