Penulis :
Hj. Mohamad Salleh bin Hussein (Generasi Ke-11 TUN IBRAHIM)
(bin
Zakaria bin Tok Setia Ismail bin Tok Maulud bin Tok Pandak Sapa bin
Osman bin Tun Isap bin Tun Enda bin TUN BANDU@TUN SULAIMAN BIN TUN
IBRAHIM bin Tun
Muhammad bin Tun Umar bin TUN HASSAN TEMENGGUNG (Melaka) bin Bendahara
Tun Mutahir (Bendahara Melaka) bin Seri Nara Diraja Tun Ali (Darah
Hindi-Melayu) bin MANI PURINDAN (Raja Pahili - Rajasthan - Hindi).
Kg. Koi, Pos Damak,
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Tok@Tun
Pandak Sapa
secara teoritisnya dilahirkan di Kg. Salang
(lebih kurang 4 km dari muara Sg.Lipis). Setelah beberapa lama beliau dan keluargannya di sana, Tok@Tun Pandak
Sapa berhasrat untuk mencari kawasan baru untuk petempatan keluarga, dan juga beliau
dapati Kg. Salang tidak sesuai lagi untuk didiami. Ketika itu, penghuni Kg. Salang
hampir semuanya mempunyai kekerabatan dengan Tok@Tun Padak Sapa. Keinginan yang kuat untuk mencari petempatan
baru itu membuatkan beliau dan beberapa orang saudara-maranya bermuafakat untuk menyusur
mudik sebelah kiri Sg. Lipis dengan menggunakan perahu kecil. Setelah beberapa hari Tok@Tun Pandak Sapa
menyusur mudik, lalu beliau bertemu muara sebuah anak Sg. Lipis
(ketika itu sungai berkenaan belum bernama – kini dikenali sebagai Sg. Rengai),
tetapi kawaan itu agak terhad untuk dibuat petempatan baru. Tok@Tun Pandak Sapa meneruskan lagi
perjalanan, dan menyusur sebelah kanan mudik Sg. Lipis, lalu bertemu pula
dengan sebuah anak Sg. Lipis (ketika itu belum bernama – kini dikenali sebagai
Sg. Kemahang). Beliau terus mudik
sehinggalah bertemu dengan sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Perlum
(Mukim Cheka sekarang).
Di
Perlum, Tok@Tun Pandak Sapa mendapati kawasan tersebut amat sesuai untuk dibuat
petempatan baru. Ketika itu, tidak ada penghuni di situ. Maka para pengikut Tok@Tun Pandak Sapa yang
terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri mulalah membuka kawasan itu, menebang
pokok besar, menebas dan membersihkan kawasan yang hendak dibuat petempatan
itu. Lama jua Tok@Tun Pandak Sapa dan
para pengikutnya di sana beberapa purnama (bulan) sehingga mereka sempat menuai padi huma dan mengeluarkan
hasil tanaman kontan seperti jagung, ubi dan sayur-sayuran yang mereka
usahakan.
Setelah Kg. Perlum didiami oleh kaum kerabat Tok@Tun
Pandak Sapa, pada satu ketika yang baik, maka Tok@Tun Pandak Sapa telah
mengisytiharkan secara rasmi Kg. Perlum dengan memimilih sebatang pokok tualang
yang paling tinggi sebagai mercu tanda pembukaan Kg. Perlum. Sehubungan itu juga, memandangkan pasa masa
itu masih banyak kawasan petempatan yang belum dibuka, maka Tok@Tun Pandak Sapa
mengarahkan putera-puteranya yang mempunyai daya kepimpinnan untuk membuka
beberapa petempatan baru. Puteranya Tok@Tun
Sulong diarah membuka Kg. Lalang (Penjom). Tok@Tun Safar diarah membuka Kg.
Tanjung Besar Hilir. Tok@Tun Ahmad
diarah membuka Tanjung Besar Hulu. Tok@Tun Maulud kekal mewarisi kepimpinan
ayahandanya di Kg. Perlum. Berdasarkan
hujahan ini, maka tidaklah diragui lagi bahawa penduduk jati di KG.
PERLUM, KG. LALANG, dan TG. BESAR masih mempunyai kekerabatan dengan TUN IBRAHIM BIN TUN MUHAMAD (BANGSAWAN MELAKA) dan dapat disusurgalurkan sehingga kepada BENDAHARA TUN MUTAHIR (BENDAHARA MELAKA) dan juga hingga kepada MANI PURINDAN.
Tok@Tun Pandak Sapa mengakhiri hayatnya di
Kg. Perlum. Makamnya dikenali sebagai “Makam Tok Perlum”. Beliau meninggalkan 11 orang anak, iaitu
: Tok Sulong, Tok Safar, Tok Nahi, Tok
Munir, Tok Chu, Tok Maulud, Tok Uda Talun, Tok Sariah, To Siba, dan Tok Norain.
Sekian mengikut yang empunya cerita. Melalui anak-anak yang ramai ini, semakin
berkembanglah zuriat Tok@Tun Pandak Sapa di Kg. Perlum sekitarnya. Malah, anaknya yang bernama Tok Maulud yang
mewarisi kepimpinan Kg. Perlum turut mempunyai anak yang begitu ramai, iaitu
Tok Chabar, Tok Selamah,Tok Tijah, Tok Lebar, Tok Kadir, Tok Majid,Tok Mas
Pekan,Tok Talib, Tok Banun,Tok Itam,Tok Taiyah, Tok Hussein, Imam De, Tok Siti
Hawa, Tok Maimunah, dan Tok Ismail. Tok
Ismail kemudiannya menggantikan kepimpinnan ayahandanya menjadi elit
tradisional di Kg. Perlum.
No comments:
Post a Comment