Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU - "GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI AGENDA"

16 MEI, 2013

PENGERUSI & AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS (2012-2014) mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada GURU MALAYSIA sama ada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara.

Melalui tema GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI 1 AGENDA nescaya GURU MALAYSIA akan menjadi lebih dedikasi, kompeten, bijaksana, berilmu, dan profesional dalam rangka menjayakan MISI PENDIDIKAN 2013-2025.

Sehubungan itu, GURU MALAYSIA tidak harus menghadkan khidmat bakti ikhlas mereka di bili-bilik darjah sahaja, tetapi wajar memperluaskan khidmat bakti dan sumbangan mereka dalam membangunkan sosio-ekonomi komuniti dengan melibatkan diri dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA dan GERAKAN KOPERASI.

Terima Kasih.

Pengerusi
16/05/2013

Wednesday 15 May 2013

SEMINAR BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU 2013


Foto 1 : 
BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU (ASLI) DI MUZIUM TERENGGANU

LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU telah menganjurkan SEMINAR BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU pada 12-13 Mei, 2013 (2 Hari) bertempat di KOMPLEKS LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU. Kira-kira 250 orang peserta yang terdiri daripada para akademik, peminat sejarah, guru, pelajar kolej dan universiti, serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) telah menyertai seminar ini. Pembukaan Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, manakala penutupan rasmi dilakukan oleh Pengarah Muzium Negeri Terengganu.

Sejumlah 10 KERTAS KERJA telah dibentangkan oleh AHLI AKADEMIK dalam bidang-bidang masing-masing.


Foto 2 : 
BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU (REPLIKA) DI BANDAR KUALA TERENGGANU


12 Mei, 2013 (Ahad) 8.30 pagi-4.30 ptg.

Kertas Kerja 1
Batu Bersurat Terengganu dan Perdagangan di Telok Siam.
Oleh : Dr. Mohamad Alinor bin Abdul Kadir (UPM)

Kertas Kerja 2
Ciri-Ciri Kepimpinan Melayu Pada Zaman Batu Bersurat Terengganu (UPM)
Oleh : Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain (UM)



Kertas Kerja 3
Batu Bersurat Piagam Terengganu : Analisis Terhadap Sejarah Islam Terengganu
Oleh : Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi bin Abd Rahim (UM)

Kertas Kerja 4
Batu Bersurat Piagam Terengganu Sebagai Manuskrip Terawal Islam di Tanah Melayu
Oleh : En. Mohd Fakarudeen bin Che Omar (UiTM)

Kertas Kerja 5
Analisis Tarikh Batu Bersurat Terengganu Mengikut Perspektif Kalender Hijri
Oleh : Pn. Nurul Huda binti Ahmad Zaki (UM)

13 Mei, 2013 (Isnin) 8.30 pagi-1.30 t.hari

Kertas Kerja 6
Perbandingan Batu Bersurat Terengganu Dengan Prasasti Minye Tujuh.
Oleh : Dr. Adi Yasran bin Abd Aziz (UPM)

Kertas Kerja 7
Kedatangan  Awal Islam di Tanah Melayu Berdasarkan Bukti Arkeologi
Oleh : Prof. Madya Dr. Asyaari bin Muhammad (ATMA, UKM)

Kertas Kerja 8
Batu Bersurat Piagam Terengganu : Asas Perkembangan Tradisi Ilmu Masyarakat Terengganu
Oleh : Prof. Madya Dr. Norizan binti Abdul Ghani (UniSZA)

Kertas Kerja 9
Batu Bersurat Piagam Terengganu : Penjejakan & Penentuan Perkembangan Islam
Oleh : Ustaz Mohd Zaidi bin Abdullah

Kertas Kerja 10
Batu Bersurat Piagam Terengganu : Sejarah Perkembangan dan Intrepetasi

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS dan PERSATUAN SEJARAH CAWANGAN PAHANG turut menyertai SEMINAR 2 Hari ini.

Terima Kasih.