Saturday 17 September 2016

(67) SEMINAR PERLEMBAGAAN NEGARA : ANJURAN BERSAMA PSMKLIPIS - PSMCPAHANG

KUALA LIPIS :
PSM KAWASAN LIPIS - PSM CAWANGAN PAHANG dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan akan mengadakan SEMINAR PERLEMBAGAAN NEGARA :  MALAYSIA.

TARIKH         : 15/10/2016 (SABTU)
MASA             :  8.00 PAGI - 1.00 T.HARI
TEMPAT        :  DEWAN JUBLI PERAK SHAS - BANDAR KUALA LIPIS, PAHANG DM

Rasional
  • PERLEMBAGAAN NEGARA dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI ialah undang-undang tertinggi yang perlu dibaca, difahami dan dihayati oleh setiap rakyat dalam negera dan negeri di mana mereka bermastauttin.
  • PERLEMBAGAAN NEGARA kadang-kadang atau seringkali diselewengkan maknanya natijah daripada ketidakfahaman dan kepentingan tertentu.
  • PERLEMBAGAAN NEGARA dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI perlu dihormati pada setiap masa dan tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenang..

Objektif :
  • Memberikan penjelasan secara parameter Sejarah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957, dan Perlembagaan Malaysia Merdeka 1963.
  • Memberi penjelasan dan Memahami status Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Dapat memupuk perpaduan antara Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum, melalui pemahaman terhadap kandungan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dalam ertikata yang sebenar. 
Kertas Kerja :

3 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh Pemakalah atau Pembentang Kertas Kerja. 

Kertas Kerja 1
NEGERI PAHANG DALAM KONTEKS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Oleh : 
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan., SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP. (Timbalan Yang Dipertua Majis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merangkap Orang Besar Empat Pahang, dan Pengerusi PSMCP).    

Moderator :
YH Dato' Abd Ghani L Sulaiman (PSMCP)

Kertas Kerja 2 
SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MERDEKA 1957 dan PERLEMBAGAAN MALAYSIA MERDEKA 1963 :  SIGNIFIKAN DAN FASAL-FASAL TERAS.
Oleh  :
Dr. Nor Azlah Sham Rambely (Pensyarah Kanan Unit Kenegaraan - UUM)

Moderator
Dato' Mohd Hadi bin Shirin (PSMCP)

Kertas Kerja 3  
MELEWATI SETENGAH ABAD : NARATIF NEGARA-BANGSA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Oleh :
Tetuan Aidil Khalid (Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil)

Moderator
Dr. Mohamed Ali bin Haniffa (UUM)

Peserta Seminar
Seramai kira-kira 300 orang peserta.

Kategori Peserta :
Pegawai-pegawai kerajaan, para akademik, siswa/i pengajian tinggi, pemimpin komuniti, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin guru, pemimpin pelajar, ahli Persatuan Sejarah Malaysia,  seluruh negara, dan pencinta negara di kalangan pelbagai bangsa dan kaum akan menghadiri seminar ini.

Penghargaan dan Terima Kasih atas minat dan perhatian Anda !

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
PENGERUSI SEMINAR PERLEMBAGAAN@PSM KAWASAN LIPIS
HP  : 012-280 3685
Emel   : drswanamirzamp14@gmail.com