Saturday 28 February 2015

(34) KONVENSYEN KETAMADUNAN DUNIA

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD) akan menganjur konvensyen ini pada ketetapan berikut :

Tarikh        :   28 Februari, 2015 (Sabtu)
Masa         :   9.00 pagi hingga 5.00 ptg
Tempat      :   Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
                   
Urusetia Konvensyen :
Cik Athirah    :  017-896 6649/017-899 6650 (emel :  gptdhq@gmail.com)

Makluman Drp :
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP. (Emel : wanamirzamp@yahoo.com)
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSM Cawangan Pahang@AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PSM (Pusat). 


Thursday 26 February 2015

(33) SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj) : PEMERINTAH DIRAJA DALAM MANUSKRIP MELAYU

SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj) KALI KE-3 ini dianjurkan secara bersama UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS - DEWAN BAHASA & PUSTAKA - PERPUSATAKAAN NEGARA - berlangsung hari ini.

Seminar sehari ini telah dirasmikan oleh DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL., D.K., S.P.M.P., P.A.T., (RAJA MUDA PERLIS) di  Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Sebanyak 15 KERTAS KERJA dibentangkan secara Sidang Selari :
  • Kepimpinan Diraja dalam Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu)
  • Peranan Sultan Sebagai Ketua Agama Islam
  • Menyingkap Keterlibatan Tengku Ampuan Mariam dalam aspek Pembangunan Terengganu.
  • Beberapa persoalan yang belum terungkai dalam Sejarah Kesultanan Melayu Kedah.
  • Surat Menyurat Aristokrat Melayu dalam Memohon Jawatan Orang Besar Selangor 1893-1938.
  • Pentadbiran Negeri Kedah melalui Koleksi Surat Raja-Raja 1880-1911.
  • Keberadaban Unggul Melayu dalam Hubungan Luar : Menggarap Ciri-Ciri Hubungan Luar Kesultanan Terengganu.
  • Kepimpinan Kesultanan Melayu Deli 1632-1945
  • Hikayat Aceh : Cerminan Keunggulan Raja-Raja Melayu Silam.
  • Hubungan Luar Kesultanan Kedah : Pengaruh dan Kesannya 1880-1920.
  • Sejarah Melayu dan Perspektif Komunikasi Visual.
  • Raja, Tanah dan Pembangunan :  Analisis Kepimpinan Sultan Johor.
  • Salasllah Kerajaan Kedah : Sumber Pensejarahan Kedah
  • Gajah : Kedudukan dan Penggunaan Dalam Pemerintahan Raja-Raja Melayu. 
Semua kertas kerja telah dimuatkan dalam CD - dan sila hubungi penganjur untuk mendapatkan CD.

SIRAJ 3 ini dikeloiakan oleh PUSAT KAJIAN INSTITUSI RAJA MALAYSIA - UniMAP dibawah kepimpinan PROF. DATIN PADUKA DATUK Dr. RAMLAH ADAM (Emel: ramlahadam@unimap.edu.my) 


Pelaporan :
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP. (Emel : wanamirzamp@yahoo.com)
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSM Cawangan Pahang@Ahli Jawatankuasa Eksekutif PSM.

Friday 20 February 2015

(32) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : KEDUDUKAN DAN MASA DEPAN RAJA-RAJA DAN BANGSA MELAYU

Penyunting :
Drs.  Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)
(Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis) 


Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz (Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang & Politik - INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM (IKIM) telah menyampaikan syarahan berjudul "Perlembagaan Persekutuan :  Kedudukan dan Masa Depan Raja-Raja dan Bangsa Melayu" pada 31/01/2015 anjuran PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA jam 10.00 pagi - 12.30 th di WISMA SEJARAH, JLN TUN RAZAK - KUALA LUMPUR.

Ringkasan Teks Syarahan :

Pendahuluan
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN adalah UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA - lambang kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sebagai  UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA,  Perlembagaan Persekutuan mengandungi PRINSIP dan FALSAFAH serta elemen-elemen penting yang lain seperti : sifat, identiti, ideologi, manifesto, jatidiri, termasuk maruah negara.

Daripada perspektif NEGARA BERDAULAT (Sovereignty State), PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN jelas mengisytiharkan bahawa INSTITUSI RAJA MELAYU dan kedudukan BANGSA MELAYU merupakan elemen penting yang telah MEMBUMI, membentuk MARUAH dan JATIDIRI, serta menjadi denyut nadi tanahair tercinta - TANAH MELAYU (kemudian disebut MALAYSIA - 1963 - kemasukan Sabah & Sarawak). 
Latar Belakang Sejarah
Kefahaman mengenai kedudukan RAJA-RAJA MELAYU menjadi tidak sempurna jika tidak dapat dihayati FALSAFAH HIDUP orang-orang Melayu, terutama dalam aspek "kedirajaan". 

RAJA-RAJA MELAYU bukan sahaja puncak kepada KETUANAN MELAYU, tetapi juga mempunyai ciri-ciri kerabbanian atau "Bayangan Tuhan" di muka bumi ini.  Ringkasnya, hakikat sejarah bahawa RAJA-RAJA MELAYU merupakan SUMBER KUASA sudah begitu sebati dengan falsafah hidup masyarakat Melayu.

Perlembagaan Persekutuan & Perundangan  :  Kedudukan Raja-Raja Melayu
Tanpa PERLEMBAGAAN (Lambang Kemerdekaan & Identiti Negara) - TANAH MELAYU tidak akan diiktiraf sebagai NEGARA MERDEKA dan BERDAULAT - malah tanpa PERLEMBAGAAN kita tidak mungkin dapat mencipta FALSAFAH atau IDENTITI NEGARA. 

Perlembagaan Persekutuan yang telah "diinstitusikan " (1948) itu mengandungi bukan sahaja apa yang tersurat, yakni yang tertulis, tetapi turut mengandungi secara tersirat unsur-unsur kebudayaan masyarakat pribumi yang berakar sejak sekian lama.  Jadi, memahami Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja apa yang tersirat dalam bentuk tertulis, tetapi mesti merangkumi apa yang tersirat.


Perlembagaan Persekutuan & Perundangan : Kedudukan Istimewa Bangsa Melayu
MELAYU adalah satu-satunya BANGSA yang disebut dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Perlembagaan Persekutuan menyebut definisi "Melayu" (Perkara 160[2]), kuota kepada Melayu dalam aspek pendidikan, perniagaan danjawatan dalam perkhidmatan awam yang dinamakan oleh perlembagaan sebagai "kedudukan istimewa orang Melayu" (Perkara 153), dan seterusnya Tanah Rezab Melayu (Perkara 89), dan Tanah Pegangan Melayu di Terengganu (Perkara 90).

Raja-Raja Melayu  :  Raja Berperlembagaan
Apa sebenarnya maksud RAJA BERPERLEMBAGAAN dalam konteks NEGARA KITA (TANAH MELAYU, dan kemudiannya MALAYSIA), dan setakat mana amalannya ?

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN meletakkan YANG DIPERTUAN AGONG sebagai KETUA UTAMA NEGARA (Perkara 32) yang secara perundangan menjadi salah satu komponen PARLIMEN selain LEGISLATIF, EKSEKUTIF dan JUDISIARI.  Dari segi hirarki, kedudukannya lebih tinggi daripada yang komponen yang lain.


Rang Undang-Undang :  Peranan Cap Mohor Besar
Pindaan yang tidak mewajibkan "Cap Mohor Besar Yang Dipertuan Agong" ke atas sesuatu Rang Undang-Undang menatijahkan 2 perkara : (1) Mengurangkan kuasa Raja, dan (2) Mengelakkan Raja agar tidak terlibat dalam penggubalan Undang-Undang. 

Dari segi sejarah (sebelum pindaan perlembagaan 1984 & 1994), YANG DIPERTUAN AGONG tidak pernah menolak apa juga Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Parlimen sehingga menafikan demokrasi. 

DYMM Yang Dipertuan Agong  : Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Peranan Yang Dipertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera amat signifikan dalam keadaan negara menghadapi kesukaran politik sama ada dicetuskan oleh politik dalaman maupun politik luar negara.


Fenomena Protes Terhadap Raja-Raja Melayu
Fenomena memprotes di kalangan "yang diperintah" (rakyat) terhadap "pemerintah"(raja) bukanlah perkara baru dalam sistem pemerintahan monarki.

Keistimewaan Bangsa Melayu dan Kepentingan Bangsa Lain
Dalam Perlembagaan Perkara : 153, DYMM Yang Dipertuan Agong dipertanggungjawabkan menjaga keistimewaan "Bangsa Melayu", dan kepentingan "Bangsa Lain"

Rumusan
Kelangsungan "sistem pemerintahan beraja" dan "keistimewaan bangsa Melayu" amat bergantung kepada keluhuran perlembagaan, dan jaminan kepada kelangsungan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri itu sendiri.