Penulis :
Hj. Mohamad Salleh bin Hussein (Generasi Ke-11 TUN IBRAHIM)
(bin
Zakaria bin Tok Setia Ismail bin Tok Maulud bin Tok Pandak Sapa bin
Osman bin Tun Isap bin Tun Enda bin TUN BANDU@TUN SULAIMAN BIN TUN IBRAHIM bin Tun
Muhammad bin Tun Umar bin TUN HASSAN TEMENGGUNG (Melaka) bin Bendahara Tun Mutahir (Bendahara Melaka) bin Seri Nara Diraja Tun Ali (Darah Hindi-Melayu) bin MANI PURINDAN (Raja Pahili - Rajasthan - Hindi).
Kg. Kol, Pos Damak,
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
TUN BANDU@TUN SULAIMAN yang ditugaskan mengawasi Lembah Sg. Lipis
kemudiannya telah meninjau beberapa kawasan baru yang boleh dijadikan
petempatan untuk beliau sekeluarga dan para pengikutnya. Memandangkan ketika itu, banyak kawasan
yang belum berpenghuni kecuali orang Asli, maka Tun Bandu@Tun Sulaiman telah mengenal pasti
beberapa kawasan di tebing sebelah kanan mudik Sg Lipis seperti sekitar Batu 3
dan Batu 4 dari muara Sg. Lipis, Kg. Binjai, dan Kg. Salang, malah sehingga ke kawasan yang dikenali sebagai Kg. Pagar (Penjom) - di situ didapati sangat elok dibuat
petempatan baru.
Maka berpindahlah Tun Bandu@Tun Sulaiman seisi keluarga dan para pengikut
beliau, lalu membuat kediaman dan meneroka tanah di tempat-tempat ini untuk bercucuk tanam mengikut keperluan
mereka ketika itu. Dari sudut ini, setakat
apa yang diketahui, keluarga Tun Bandu@Tun Sulaiman warisan Tun Ibrahim inilah orang Melayu yang
terawal membuat petempatan bermula dari muara Sg. Lipis menyusur ke hulu hingga
ke Kg. Salang sehingga ke Kg. Pagar (Penjom). Tinggallah Tun Bandu@Tun Sulaiman dan kaum kerabat beliau beberapa abad lamanya berasimilasi dengan orang Asli di sekitar Lembah Sg. Lipis. Kewujudan mereka di
tempat-tempat ini berdasarkan wujudnya makam-makam lama yang ditemui di kawasan
tersebut. Sehubungan itu, tidak juga diragui bahawa Tun Bandu@Tun Sulaiman dan kerabat beliau turut mengembangkan agama Islam pada peringkat awal di Lembah Sg. Lipis.
Mengenai Tun Ibrahim bin Tun Muhammad setelah beberapa lama tinggal di Tg. Lipis, teramat tualah dia, lalu beliau kembali ke rahmatullah - dan dipercayai jenazahnya disemadikan di Makam Lama Kg. Pagar oleh puteranya Tun Bandu.
Tun Bandu berputerakan Tun Enda. Tun Enda berputerakan Tun Isap. Tun Isap berputerakan Tok@Tun Othman. Tok@Tun Othman berputerakan Tok Pandak Sapa. Bermula daripada Tok Pandak Sapa, beliau tidak menggunakan gelaran "Tun" dipangkal nama hinggalah ke zuriat yang terkemudian. Mengikut yang empunya cerita, gelaran keluarga "Tun" dipangkal nama digugurkan kerana Tok@Tun Pandak Sapa takut puteri-puterinya tidak dapat dikahwini "orang kebanyakan". Demikianlah adanya.
No comments:
Post a Comment