Friday 27 November 2015

(46) PERSIDANGAN KEBANGSAAN KECEMERLANGAN MELAYU II (EKONOMI MELAYU) 25-26 NOVEMBER 2015





Laporan Bersama : 


Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid (zahidi53@hotmail.com) & Drs. Wan Aminuddin (wanamirzamp@yahoo.com

KUALA LUMPUR – Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM)   – Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan PERSIDANGAN KEBANGSAAN KECEMERLANGAN II (EKONOMI MELAYU) bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor DE.  Persidangan selama 2 hari ini dihadiri kira-kira 100 orang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Awam dan wakil-wakil daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO).  Seminar mengenai pelbagai isu masyarakat Melayu INI melibatkan pembentangan 21 Kertas Kerja oleh para akademik daripada pelbagai Universiti Awam di Malaysia.   Semua Kertas Kerja dimuat dalam Prosiding.
  

Menurut Prof. Emiretus Dato Dr. Yaacob Harun (Pengarah PKKM), Pusat Kajian ini ditubuhkan pada tahun 2012 dengan misi utama untuk memartabatkan Melayu. Dalam rangka menjayakan misi ini PKMM komited melaksanakan 3 aspek ini dari semasa kesemasa, iaitu penganjuran seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menjalankan penyelidikan dan menerbitkan hasil-hasil penyelidikan. Dalam bidang penyelidikan, PKKM memberi fokus kepada aspek pendidikan, sosial, agama, ekonomi, dan pengetahuan pribumi Melayu. Bagi menjana projek penyelidikan secara berterusan, PKMM menyediakan geran penyelidikan bagi mereka yang berminat membuat penyelidikan.  Geran penyelidikan ini tidak hanya diperuntukkan kepada para akademik Universiti Malaya, tetapi juga terbuka kepada para akademik di luar Universiti Malaya.   Penyelidik luar boleh menjalankan penyelidikan secara bersama dengan para akademik Universiti Malaya yang mereka pilih, dan layak memperolehi geran penyelidikan jika memenuhi syarat-syarat PKMM.  Setakat ini, PKMM telah menjalankan lebih kurang 30 penyelidikan.   Selain menghasilkan penerbitan buku, PKMM juga menyalurkan hasil penyelidikan melalui penerbitkan jurnal yang diberi nama MERCU.

Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu kali ini memberi fokus kepada bidang ekonomi dengan objektif :
·   Mengenalpasti faktor-faktor bukan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan ekonomi Melayu.
·    Mengupas isu dan factor-faktor yang menghambat ekonomi Melayu.
·    Membincangkan fenomena transisi ekonomi Melayu, dan
·  Menyebarluaskan dapatan ilmiah yang dikumpul dan didokumentasikan untukrujukan.
Persidangan Kebangsaan Kecemerlangan Melayu II ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Datuk Rohana Yusof, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya dalam Majlis Makan Malam pada 25 November, 2015 (Selasa) di Hotel Armada, Petaling Jaya ekaligus melancarkan Laman Web PKMM.


Turut serta dalam persidangan ini ialah dua orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif l Persatuan Sejarah Malaysia : Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid dan Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid.