Thursday, 1 January 2015

(28) KERAJAAN MELAYU CAMPA (192-1543M)

PENGENALAN
Agak menarik jika kita menelusuri SEJARAH CAMPA kerana dalam masa yang sama kita dapat mengesan ORANG MELAYU CAMPA yang masih berada di CAMPA, dan juga mereka yang telah berhirah ke luar negara akibat beberapa pergolakan politik di CAMPA. 

Sebahagian besar Bangsa CAMPA kini pastinya berada di KEMBOJA, manakala sebahagian lagi berada di luar Kemboja seperti : VIETNAM, MALAYSIA, INDONESIA, THAILAND, LAOS, US dan PERANCIS.

Sketsa sejarah ini lebih tertumpu kepada hubungan NEGARA CAMPA dengan TANAH MELAYU (kemudiannya MALAYSIA - 1963) dan Indonesia.

NEGARA CAMPA
NEGARA CAMPA adalah di antara NEGARA MELAYU LAMA yang wujud sejak abad 100M.  NEGARA CAMPA yang asal - terletak di pantai ANNAM (VIETNAM TENGAH) gabungan daripada 5 wilayah : (1) Inderapura, (2) Amarawati, (3) Wijaya, (4) Kanthara, dan (5) Pandurangga.  Ibukota asal ialah Amarawati, dan kemudiannya berpindah ke WIJAYA.

Kerajaan CAMPA dikenali oleh Kerajaan China sebagai Kerajaan LIN YI.

Orang Campa atau Orang Cam sama sebangsa dengan orang-orang Melayu yang berada di Alam Melayu seperti di Tanah Melayu dan Indonesia. Meskipun bahasa yang digunakan oleh orang Campa dikenali sebagai "Bahasa Cam", tetapi bahasa ini lebih mirip kepada "Bahasa Melayu" yang digunakan di Alam Melayu.  Sekitar 100-1400M, orang Cam menganut agama Hindu, dan kemudiannya Budhha. Hanya sekitar 1500M - majoriti orang Cam menganut agama Islam.

Selain orang Cam, sekitar tahun 1000M - terdapat juga orang Melayu keturunan Bugis Kembayat mendiami Campa, terutamanya di Pandurangga.

192M
KERAJAAN MELAYU CAMPA mula didirikan di CAMPA oleh RAJA SRI MARA (Raja Hindu) dengan sistem pemerintahan beraja mutlak. Sejak itu, terdapat 14 Dinasti RAJA-RAJA CAMPA yang menerajui takhta silih berganti sama ada diguling, ditawan atau mangkat. 

Kerajaan Campa diperintah oleh Raja-Raja Campa keturunan Melayu Campa hanya bermula daripada Dinasti 1 hingga Dinasti 10.  Bermula daripada Dinasti 11 - Kerajaan Campa diperintah oleh Raja Campa keturunan Melayu-Bugis. 

1044M
CAMPA diperintah oleh RAJA JAYA PARAMESVARAMAN I @PAU GELANG@PU GELANG GERAI.

1147M
CAMPA diperintah oleh RAJA JAYA HARIVARMAN 1 (Melayu-Bugis) - Dinasti Ke-11 Raja-Raja Campa - berpusat di Pandurangga setelah baginda berjaya mengusir orang-orang Khmer yang menawan Campa selama 2 tahun.   

1203M
CAMPA diperintah oleh RAJA SURYAVARMAN (Melayu-Bugis) - Dinasti Ke-11 Raja-Raja Campa - berpusat di Pandurangga - tetapi melarikan diri apabila Tentera Khmer menawan semula Campa.

1220M
CAMPA diperintah semula oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA PARAMESVARAVARMAN II setelah pihak Khmer berundur dari Campa, dan tidak berminat lagi untuk memerintah Campa.  

1265M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA INDRAVARMANV menggantikan ayahandannya RAJA INDRAVARMAN VI yang telah mangkat.


1288-1307M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA SINAVARMAN III@CHE MAN - menjalinkan hubungan baik dengan China, dan berusaha berbaik-baik dengan ANNAM.

RAJA JAYA SINAVARMAN III@CHE MAN@PAU GAMA mempunyai 3 orang isteri :
(1) Isteri Pertama (tidak diketahui) - melahirkan Puteri Gayatri dan Sinarvarman IV@Che Chi (Raja Campa 1307-1312M).

Puteri Gayatri (Puteri Campa-Majaphit) kemudian diperisterikan oleh Raden Wijaya (Majaphit).

(2) Raden Tapasi (Puteri Kertanegara - Raja Majapahit) - melahirkan Che Nang (Raja Campa 1312-1318).

(3)  Putri Annam - mas kahwin - serahan 2 wilayah Campa kepada Raja Annam.


1307-1312M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA SINAVARMAN IV@CHE CHI atau nama Melayunya - SHAH INDERA BERMA - berusaha mendapatkan semula 2 wilayah yang diserah kepada Raja Annam - tapi gagal - baginda tewas dan ditawan.
 
1312-1318M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA CHE NANG (Adik Raja Jaya Sinarvarman III@Che Chi) - cuba melancarkan serangan terhadap Raja Annam - tewas - baginda & para pengikut setia lalu melarikan diri ke TANAH MELAYU, dan kemudiannya membuka sebuah negeri bernama BUKIT MOR (MUAR - JOHOR).

1319-1390M
Setelah Raja Jaya Sinarvarman III@Che Chi lari ke Majapahit - Kerajaan Campa diperintah oleh wakil Raja Annam di Campa - Dinasti Ke-12 - tapi dinasti ini berkhir dengan RAJA CHE BONG - mangkat berperang dengan Tentera Annam.

1391-1441M
CAMPA diperintah semula oleh Dinasti ke-13 - menggunakan gelaran RAJA JAYA SINAVARMAN V - bukan keturunan Melayu-Bugis- dipercayai Raja Melayu-Campa.   
1442-1471M
Dalam period ini, CAMPA diperintah oleh Dinasti Ke-13 & Ke-14 - berakhir dengan RAJA P'AN-LO TOU-TSIUAN- CAMPA diserang hebat oleh Tentera Raja Annam - seluruh CAMPA diserapkan ke dalam NEGARA ANNAM dengan meninggalkan satu kawasan kecil di sebelah selatan yang penduduknya dipercayai kaum kerabat Raja Campa Dinasti Ke-13 & Ke-14.

1543M
Raja CAMPA Dinasti Ke-14 telah melarikan diri ke KEMBOJA setelah diburu oleh Tentera Annam. Kawasan yang ditawan itu diserapkan ke dalam Vietnam Selatan kini.  Jadi, sebahagian Bangsa Campa sebahagiannya di Kemboja dan sebahagian lagi tinggal di Vietnam.

Justeru, berakhirlah DINASTI RAJA MELAYU CAMPA di CAMPA.

Sumber :
Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Campa" dlm SUARA BUGIS MUAR, 2004 (Unpublished). 

No comments:

Post a Comment