Tuesday 28 April 2015

(39) SEMINAR ANTARABANGSA BATU BERSURAT - PIAGAM TERENGGANU 2015

LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU akan mengadakan SEMINAR ANTARABANGSA BATU BERSURAT -PIAGAM TERENGGANU  pada 09-10 MEI, 2015 di DEWAN BATU BERSURAT, KOMPLEKS MUZIUM,  NEGERI TERENGGANU. 

Wednesday 8 April 2015

(38) ORANG KAYA BENDAHARA PADUKA RAJA MEGAT TERAWIS (BENDAHARA PERAK I) : PUTERA DAULAT YANG DIPERTUAN PAGAR RUYONG

1511M
Sultan Mahmud (Raja Melaka) dan kerabat diraja terdekat telah berjaya melarikan diri ke Kampar (Sumatera) sebaik sahaja Kota Melaka tewas di tangan Penjajah Portugis.  Setelah beberapa lama di sana, akhirnya Baginda ditabalkan sebagai Raja Kampar, dan mangkat di Kampar dalam tahun 1530.

Friday 3 April 2015

(37) RAJA SRI TRI BUANA : PENGASAS KERAJAAN MELAYU SINGAPURA (1170 MASEHI)


Pertabalan SRI TRI BUANA sebagai RAJA dan YANG DIPERTUAN BENTAN menggantikan WAN SERI BENI telah menjadikan BENTAN ketika itu sebuah KERAJAAN MELAYU yang baru di NUSANTARA meskipun sebelum itu BENTAN sudah menjadi KERAJAAN MELAYU sejak beberapa dekad. Di BENTAN bukan sahaja SRI TRI BUANA merajai KERAJAAN MELAYU, tetapi turut menguasai kawasan-kawasan persekitaran yang akhirnya menemui sebuah petempatan baru yang dikenalisebagai TEMASIK. 

Pada satu ketika, RAJA SRI TRI BUANA ingin membawa permaisuri untuk bermian-main di laut sambil melihat persekitaran BENTAN.   Masa bermain-main di laut itu, berlaku satu peristiwa sepertikan yang dinukilkan dalam SULALATUS-SALATIN(2009 : 39-40) :



Maka turunlah ribut barat daya, terlalu besar dengan ombaknya. Maka berpecahlah sekali perahu (pengiring) yang bersama kenaikan Baginda (Sri Tri Buana) kecuali hanya (tinggal) tiempat buah perahu juga : (1) Perahu SRI TRI BUANA, (2) Perahu DEMANG LEBAR DAUN, (3) Perahu MENTERI BUPALA, dan (4) Perahu BATALA.  Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai.  Maka berapa dipertimbulkan kenaikan (Baginda) itu tidak mahu kering air ruangnya masih hingga lutut.  Syahadan datanglah ke TELUK BELANGA, maka kenaikan (Baginda Sri Tri Buana) itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam.  Maka titah Sri Tri Buana, " Apa yang ada lagi dalam perahu ini, maka tiada ia mahu timbul ini ?  Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik, kalau sebab MAHKOTA kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya.  Maka diambil MAHKOTA itu lalu diletakkan (dibuang) ke air (laut). Sekonyong-konyong teduhlah (berhentilah) ribut itu, dan ombak pun tenang seperti air dalam balang.  Maka segala perahu yang banyak itupun datanglah semuanya berkampung, dan segala ORANG-ORANG BESAR (PEMBESAR NEGERI) turun merngadap SRI TRI BUANA.  Maka berangkatlah SRI TRI BUANA dan ISTERI melihat TANAH TEMASIK. Dipandang Baginda, terlalu molek perbuatan (keadaan) tanah itu, (ber) bukit tanahnya, dan rata di atasnya.  



Maka Sri Tri Buana bersemayam di bawah pohon Jambu laut, dihadap segala Orang-Orang Besar berbicara untuk membuat negeri seraya menitahkan rakyat jelata menebas kayu di situ.  Maka segala rakyat pun menebaslah; sekonyong-konyong melintas SEEKOR BINATANG maha tangkas lakunya merah warna bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya. sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia (binatang) melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada (pandangan) mereka itu.  Maka titah Sri Tri Buana, "Apa nama binatang yang serupa itu ?  Maka sembah Demang Lebar Daun, Tuanku, ceritera orang yang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu SINGA konon namanya, tuanku."



Maka titah Sri Tri Buana, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini kerana binatang gagah ada di dalamnya, dan sebutlah TEMASIK ini SINGAPURA".    



Justeru, sah dan nyatalah bahawa RAJA MELAYU yang bernama SRI TRI BUANA itulah yang membuka dan menamakan TEMASIK itu SINGAPURA. Semasa SRI TRI BUANA membuat negeri di SINGAPURA itu, belumlah ada penghuni kecuali binatang yang disebut SINGA itu. Berikutan dengan penemuan negeri baru ini, SRI TRI BUANA dengan sendirinya menjadi RAJA SINGAPURA 1 dan DEMANG LEBAR DAUN sebagai RAJA BENDAHARA.

Wahai pembaca sekalian.  Demikianlah adanya.   

Sehubungan itu, penemuan penyelidikaan mutakhir (Abdul Rahman Ismail & Rakan, 2012) menunjukkan bahawa peristiwa pembukaan TEMASIK dan kemudiannya dinamakan SINGAPURA berlaku sekitar  tahun 1170 M.
Senrai RAJA-RAJA  MELAYU yang memerintah SINGAPURA adalah seperi berikut :

NAMA RAJA                                         TEMPOH MEMERINTAH                    TAHUN MULA

SRI TRI BUANA                                              48 TAHUN                                   1170 M
PADUKA SRI PIKRAMA WIRA                      15 TAHUN                                   1217 M
SRI RANA WIKRAMA                                     13 TAHUN                                    1232 M
PADUKA SRI MAHARAJA                              12 1/2 TAHUN                              1244 M
SRI ISKANDAR SHAH@PARAMESWARA   03 TAHUN                                   1257 M

Sumber Rujukan :
Abdul Rahman Ismail & Rakan (2012),  Penemuan Tarikh Baru Pengasasn Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262M, Melaka:  Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).

Wednesday 1 April 2015

(35)LAWATAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (PSMCP) KE NEGERI JOHOR.

KUANTAN, 24 Mac, 2015
Seramai 38 orang ahli PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (PSMCP) mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) ke NEGERI JOHOR selama 3 hari : bermula 24/03/2015 (Selasa) hingga 26/03/2015. 

Fokus LASBELA - KOTA TINGGI dan JOHOR BAHARU.

HARI 1 : 24/03/2015 (Selasa)
7.30 pagi 
Semua peserta berkumpul di WISMA SRI PAHANG - Bandar Kuantan.

8.00 pagi
Berlepas dari Bandar Kuantan menuju Kota Tinggi melalui Bandar Diraja Pekan, Pekan Rompin, Pekan Endau.

8.30 pagi
Minum pagi di sebuah kedai makan di pertengahan perjalanan antara Bandar Kuantan ke Bandar Diraja Pekan.

12.30 t.hari
Tiba di Bandar Kota Tinggi - melawat Muzium Kota Tinggi - disambut oleh Kurator Muzium dan Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi.

2.30 t.hari
Makan Tengahari di Restoren di Kota Tinggi.

3.30 ptg.
Melaawat Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama dan Wan Anum.

4.00 ptg
Melawat Kompleks Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

4.45 ptg
Melawat MakamBendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid.

5.15 ptg
Melawat Kawasan dan Muzium Kota Lama Johor

6.00 ptg
Bertolak dari Kota Tinggi menuju Johor Baharu.

8.30 mlm
Menginap di Hotel Seri Malaysia (Larkin) 

HARI 2 :  25/03/2015 (Rabu) 

7.00 pagi  - Sarapan Pagi

8.30 pagi

Kunjungan Hormat kepada PSM Cawangan Johor (PSMCJ)  di Pejabat PSM Johor di Bekas Kediaman Dato' Onn Jaafar.

10.00 pagi
Kunjungan Hormat kepada Yayasan Warisan Johor di Bekas Kediaman Dato' Jaafar (Menteri Besar Johor).
 

2.00 ptg
Melawat Muzium Cina di Bandar Johor Baharu.

4.00 ptg
Acara Bebas
  
HARI 3  :  26/03/2015 (Khamis)

7.00 pagi
Sarapan Pagi

8.30 pagi
Melawat Arkib Negara Johor

10.30 pagi
Melawat Kota Iskandar (Kompleks Jabatan Kerajaan Negerio Johor)

2.30 ptg
Berkunjung ke Johor Premier Outlet (JPO)

5.00 ptg
Bertolak balik dari JPO ke Kuantan.

11.30 mlm
Tiba di Kuantan.

Pelaporan Oleh :
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSMCP@AHLI JAWATANKUASA PSM (PUSAT)