Penyunting :
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)
1307-1311M
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING (keturunan Campa- Melayu-Bugis Kembayat) ialah putera kepada RAJA JAYA SIVARMAN III@CHE MAN (RAJA CAMPA, 1288-1307) - memerintah KERAJAAN CAMPA di CAMPA (Vietnam Tengah sekarang) sebaik sahaja ayahandanya mangkat. Baginda dipercayai menganut agama Hindu-Buddha.
Dalam tempoh 5 tahun, RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING cuba mendapatkan semula 2 wilayah Campa (Hue dan Quang Tri) yang diserahkan oleh ayahandanya kepada Raja Annam sebagai Mas Kahwin - tapi tewas ditangan Raja Annam (TRAN AN-TAN) yang juga abang kepada ibu tirinya.
1312M
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING dibawa ke ANNAM, dan kemudiannya dibuang negeri - lalu baginda dan pengikut setianya melarikan diri ke TANAH MELAYU - ke satu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai BUKIT MOR (MUAR - JOHOR).
Ketika itu, BUKIT MOR@PADANG (MUAR) dibawah jajahan takluk KERAJAAN MAJAPAHIT.
Di BUKIT MOR@PADANG (MUAR) inilah - RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING memulakan kehidupan baru bersama rakyat Campa keturunan Bugis Kembayat, dan menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING mempunyai 2 putera bernama (1) SHAH INDERA BERMA (SERIOK), dan (2) SHAH PU LING (WAJUK)..
Sesuai dengan sosio-politik tempatan, RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING tidak lagi menggunakan nama Hindu-Buddha bagi nama putera-puteranya, tetapi menggunakan nama klasik Melayu. Namun begitu, putera-putera ini masih beragama Hindu-Buddha.
1380M
Dipercayai sekitar tahun ini, SHAH INDERA BERMA telah menjadi RAJA CAMPA yang memerintah BUKIT MOR (MUAR).
Sumber :

Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Champa", dlm. SUARA BUGIS MUAR, Unpublished, 2004.
Zainal Abidin Ishak, Salasilah Keturunan Raja Cempa Bugis Kembayat - Padang Muar, (Unpublished, 2004)
Zainal Abidin Ishak, Salasilah Keturunan Raja Cempa Bugis Kembayat - Padang Muar, (Unpublished, 2004)
No comments:
Post a Comment