Sunday, 4 January 2015

(31) ORANG KAYA HJ JUNID BIN PANGLIMA IBRAHIM : ORANG KAYA PADANG (KETURUNAN DARAH RAJA CAMPA KEMBAYAT-PAHANG)


Penyunting :  
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)

1800M
PANGLIMA IBRAHIM@PANGLIMA KUDIN yang berasal dari PAHANG bersama isterinya, CHADE serta para pengikut setianya telah berhijrah dari PAHANG ke PADANG (MUAR - JOHOR). Ketika itu, WILAYAH PADANG di bawah pemerintahan ORANG KAYA ALI@BONJOL BIN ORANG KAYA FATAH. 

1810M
PANGLIMA IBRAHIM@PANGLIMA KUDIN yang banyak berjasa terhadap ORANG KAYA ALI@BONJOL, terutama berjaya memerangi lanun-lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka, akhirnya dikahwinkan oleh ORANG KAYA itu dengan anaknya yang bernama MANIS.

1815M
Atas jasa-jasa PANGLIMA IBRAHIM@PANGLIMA KUDIN ini, maka SULTAN JOHOR-RIAU telah berkenan melantiknya sebagai PENGHULU PADANG (MUAR) - membantu pemerintahan ORANG KAYA PADANG.

Hasil perkahwinan PANGLIMA IBRAHIM@PANGLIMA KUDIN dengan MANIS - memperolehi 2 orang putera dan 2 orang puteri :   (1) JUNID, (2) HUSSEIN, (3) AMINAH, dan (4) NAH 

1862-1890M
JUNID BIN PENGHULU IBRAHIM dilantik oleh SULTAN JOHOR menjadi ORANG KAYA PADANG menggantikan ORANG KAYA ALI@BONJOL yang telah kembali ke rahmatullah.

Dalam tubuh ORANG KAYA PADANG HJ. JUNID BIN PENGHULU IBRAHIM - mengalir campuran darah RAJA CAMPA KEMBAYAT dan PAHANG.

1890-1898M
Putera  ORANG KAYA PADANG HJ. JUNID BIN PENGHULU IBRAHIM yang bernama OMAR telah dilantik sebagai ORANG KAYA PADANG.

Hasil perkahwinan ORANG KAYA OMAR dengan MAIMUNAH JAAFAR telah memperolehi 2 orang anak perempuan dan seorang putera : (1) AISHAH, (2) TIK, dan (3) (TAN SRI) MOHD NOAH.

(TAN SRI) MOHD NOAH memperolehi 2 orang anak perempuan :  (1) SUHAILA yang dikahwinkan dengan (TUN) HUSSEIN ONN - Perdana Menteri Malaysia Ke-3),  dan (2) RAHA yang dikahwinkan dengan  (TUN) ABDUL RAZAK HUSSEIN - Perdana Menteri Ke-2.
  
Sumber 
Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Champa", dlm. SUARA BUGIS MUAR, Unpublished, 2004.
Zainal Abidin Ishak, Salasilah Keturunan Raja Cempa Bugis Kembayat - Padang Muar, (Unpublished, 2000)


(30) DAENG SERIOK@DAENG SHAH INDERA BERMA : ORANG KAYA PADANG

Penyunting :  
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)

1456M
Semasa SHAH INDERA BERMA (SERIOK) mendapat perlindungan di Melaka, Sultan Mansor Shah (Raja Melaka) telah mengIslamkan RAJA CAMPA ini, dan diberi nama Islam DAENG SERIOK@SHAH INDERA BERMA, manakala adindanya SHAH INDERA PERMA (WAJUK) diIslamkan juga, dan diberi nama DAENG WAJUK@SHAH INDERA PERMA.

Kedua-dua beradik ini diberi tugas KHALIFAH PENGEMBANG AGAMA ISLAM di Melaka.

Sultan Mansor juga telah melantik DAENG SERIOK sebagai Orang Besar Melaka dengan gelaran ORANG KAYA PADANG.  Bersama gelaran ORANG KAYA PADANG ini, DAENG SERIOK dikurniakan kawasan yang lebih luas yakni WILAYAH PADANG (MUAR), tetapi pusat pemerintahan masih di BUKIT MOR (MUAR).

DAENG WAJUK pada mulanya terus tinggal bersama kekandanya DAENG SERIOK, tetapi kemudiannya beliau pergi ke TANAH BUGIS (SULAWESI) - untuk memperolehi kuasa politik di sana - tetapi gagal. 
 
1477M
DAENG SERIOK telah kembali ke rahmatullah - KERAJAAN PADANG diwarisi oleh puteranya yang bernama DAENG RASUK.

1489-1511M
WILAYAH PADANG diperintah oleh ORANG KAYA ABU SAID - sebagai ORANG KAYA PADANG.

1512-1724M
Dalam tempoh ini, WILAYAH PADANG diperintah oleh keturunan RAJA CAMPA (BUGIS KEMBAYAT) adalah seperti berikut :

ORANG KAYA = OK

OK MAKMUN BIN TOK NIL
OK RAYA BIN OK MAKMUN.
OK PATAH BIN OK RAYA 
OK SULONG@GAGAH BIN OK PATAH
OK ALI (BONJOL) BIN OK PATAH

Bermula dari 1512-1724M - pelantikan ORANG KAYA PADANG - dipercayai dibuat oleh SULTAN JOHOR-RIAU (keturunan langsung RAJA MELAKA).

1724M
WILAYAH PADANG diperintah oleh ORANG KAYA KOLOB BIN ORANG KAYA ALI (BONJOL) sebagai ORANG KAYA PADANG.  Pelantikan ORANG KAYA PADANG dibuat oleh SULTAN SULAIMAN (SULTAN JOHOR RIAU).

1745-1887M
Dalam tempoh ini, WILAYAH PADANG diperintah oleh keturunan RAJA CAMPA (BUGIS KEMBAYAT) adalah seperti berikut :

OK SAID BIN OK KOLOB
OK JUSOH@TOK PUTEH BIN OK ALI@BONJOL
OK OTHMAN@TOK HASSN BIN OK ALI@BONJOL
OK RINGGIT BIN OK JUSOH@TOK PUTEH
OK MUHAMMAD SALLEH BIN OK RINGGIT
OK MOHD YASSIN BIN OK RINGGIT
OK TALIB BIN MOHD YASSIN 

Tahun-tahun selepas tempoh ini, keturunan RAJA CAMPA masih terus menyandang tradisi ORANG KAYA PADANG.  Penelitian lanjut untuk mengetahui susurgalur penyandang ORANG KAYA PADANG boleh dirujuk kepada PERSATUAN BUGIS DAERAH MUAR.

Sumber :
Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Champa", dlm. SUARA BUGIS MUAR, Unpublished, 2004.
Zainal Abidin Ishak, Salasilah Keturunan Raja Cempa Bugis Kembayat - Padang Muar, (Unpublished, 2000)


Friday, 2 January 2015

(29) RAJA JAYA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING - RAJA CAMPA BERKERAJAAN DI BUKIT MOR@PADANG (MUAR) - TANAH MELAYU (1312M)

Penyunting :  
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)

1307-1311M
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING (keturunan Campa- Melayu-Bugis Kembayat) ialah putera kepada RAJA JAYA SIVARMAN III@CHE MAN (RAJA CAMPA, 1288-1307) - memerintah KERAJAAN CAMPA di CAMPA (Vietnam Tengah sekarang)  sebaik sahaja ayahandanya mangkat.  Baginda dipercayai menganut agama Hindu-Buddha.

Dalam tempoh 5 tahun, RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING cuba mendapatkan semula 2 wilayah Campa (Hue dan Quang Tri) yang diserahkan oleh ayahandanya kepada Raja Annam sebagai Mas Kahwin - tapi tewas ditangan Raja Annam (TRAN AN-TAN)  yang juga abang kepada ibu tirinya.

1312M
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING dibawa ke ANNAM, dan kemudiannya dibuang negeri - lalu baginda dan pengikut setianya melarikan diri ke TANAH MELAYU - ke satu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai BUKIT MOR (MUAR - JOHOR).  

Ketika itu, BUKIT MOR@PADANG (MUAR) dibawah jajahan takluk KERAJAAN MAJAPAHIT.

Di BUKIT MOR@PADANG (MUAR)  inilah - RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING memulakan kehidupan baru bersama rakyat Campa keturunan Bugis Kembayat, dan menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.
  
RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING mempunyai 2 putera bernama (1) SHAH INDERA BERMA (SERIOK), dan (2) SHAH PU LING (WAJUK)..

Sesuai dengan sosio-politik tempatan, RAJA SINAVARMAN IV@CHE CHI@PU LING LING tidak lagi menggunakan nama Hindu-Buddha bagi nama putera-puteranya, tetapi menggunakan nama klasik Melayu.  Namun begitu, putera-putera ini masih beragama Hindu-Buddha.


1380M
Dipercayai sekitar tahun ini, SHAH INDERA BERMA telah menjadi RAJA CAMPA yang memerintah BUKIT MOR (MUAR).


Sumber :
Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Champa", dlm. SUARA BUGIS MUAR, Unpublished, 2004.
Zainal Abidin Ishak, Salasilah Keturunan Raja Cempa Bugis Kembayat - Padang Muar, (Unpublished, 2004) 

Thursday, 1 January 2015

(28) KERAJAAN MELAYU CAMPA (192-1543M)

PENGENALAN
Agak menarik jika kita menelusuri SEJARAH CAMPA kerana dalam masa yang sama kita dapat mengesan ORANG MELAYU CAMPA yang masih berada di CAMPA, dan juga mereka yang telah berhirah ke luar negara akibat beberapa pergolakan politik di CAMPA. 

Sebahagian besar Bangsa CAMPA kini pastinya berada di KEMBOJA, manakala sebahagian lagi berada di luar Kemboja seperti : VIETNAM, MALAYSIA, INDONESIA, THAILAND, LAOS, US dan PERANCIS.

Sketsa sejarah ini lebih tertumpu kepada hubungan NEGARA CAMPA dengan TANAH MELAYU (kemudiannya MALAYSIA - 1963) dan Indonesia.

NEGARA CAMPA
NEGARA CAMPA adalah di antara NEGARA MELAYU LAMA yang wujud sejak abad 100M.  NEGARA CAMPA yang asal - terletak di pantai ANNAM (VIETNAM TENGAH) gabungan daripada 5 wilayah : (1) Inderapura, (2) Amarawati, (3) Wijaya, (4) Kanthara, dan (5) Pandurangga.  Ibukota asal ialah Amarawati, dan kemudiannya berpindah ke WIJAYA.

Kerajaan CAMPA dikenali oleh Kerajaan China sebagai Kerajaan LIN YI.

Orang Campa atau Orang Cam sama sebangsa dengan orang-orang Melayu yang berada di Alam Melayu seperti di Tanah Melayu dan Indonesia. Meskipun bahasa yang digunakan oleh orang Campa dikenali sebagai "Bahasa Cam", tetapi bahasa ini lebih mirip kepada "Bahasa Melayu" yang digunakan di Alam Melayu.  Sekitar 100-1400M, orang Cam menganut agama Hindu, dan kemudiannya Budhha. Hanya sekitar 1500M - majoriti orang Cam menganut agama Islam.

Selain orang Cam, sekitar tahun 1000M - terdapat juga orang Melayu keturunan Bugis Kembayat mendiami Campa, terutamanya di Pandurangga.

192M
KERAJAAN MELAYU CAMPA mula didirikan di CAMPA oleh RAJA SRI MARA (Raja Hindu) dengan sistem pemerintahan beraja mutlak. Sejak itu, terdapat 14 Dinasti RAJA-RAJA CAMPA yang menerajui takhta silih berganti sama ada diguling, ditawan atau mangkat. 

Kerajaan Campa diperintah oleh Raja-Raja Campa keturunan Melayu Campa hanya bermula daripada Dinasti 1 hingga Dinasti 10.  Bermula daripada Dinasti 11 - Kerajaan Campa diperintah oleh Raja Campa keturunan Melayu-Bugis. 

1044M
CAMPA diperintah oleh RAJA JAYA PARAMESVARAMAN I @PAU GELANG@PU GELANG GERAI.

1147M
CAMPA diperintah oleh RAJA JAYA HARIVARMAN 1 (Melayu-Bugis) - Dinasti Ke-11 Raja-Raja Campa - berpusat di Pandurangga setelah baginda berjaya mengusir orang-orang Khmer yang menawan Campa selama 2 tahun.   

1203M
CAMPA diperintah oleh RAJA SURYAVARMAN (Melayu-Bugis) - Dinasti Ke-11 Raja-Raja Campa - berpusat di Pandurangga - tetapi melarikan diri apabila Tentera Khmer menawan semula Campa.

1220M
CAMPA diperintah semula oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA PARAMESVARAVARMAN II setelah pihak Khmer berundur dari Campa, dan tidak berminat lagi untuk memerintah Campa.  

1265M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA INDRAVARMANV menggantikan ayahandannya RAJA INDRAVARMAN VI yang telah mangkat.


1288-1307M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA SINAVARMAN III@CHE MAN - menjalinkan hubungan baik dengan China, dan berusaha berbaik-baik dengan ANNAM.

RAJA JAYA SINAVARMAN III@CHE MAN@PAU GAMA mempunyai 3 orang isteri :
(1) Isteri Pertama (tidak diketahui) - melahirkan Puteri Gayatri dan Sinarvarman IV@Che Chi (Raja Campa 1307-1312M).

Puteri Gayatri (Puteri Campa-Majaphit) kemudian diperisterikan oleh Raden Wijaya (Majaphit).

(2) Raden Tapasi (Puteri Kertanegara - Raja Majapahit) - melahirkan Che Nang (Raja Campa 1312-1318).

(3)  Putri Annam - mas kahwin - serahan 2 wilayah Campa kepada Raja Annam.


1307-1312M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA JAYA SINAVARMAN IV@CHE CHI atau nama Melayunya - SHAH INDERA BERMA - berusaha mendapatkan semula 2 wilayah yang diserah kepada Raja Annam - tapi gagal - baginda tewas dan ditawan.
 
1312-1318M
CAMPA diperintah oleh Raja Melayu-Bugis - RAJA CHE NANG (Adik Raja Jaya Sinarvarman III@Che Chi) - cuba melancarkan serangan terhadap Raja Annam - tewas - baginda & para pengikut setia lalu melarikan diri ke TANAH MELAYU, dan kemudiannya membuka sebuah negeri bernama BUKIT MOR (MUAR - JOHOR).

1319-1390M
Setelah Raja Jaya Sinarvarman III@Che Chi lari ke Majapahit - Kerajaan Campa diperintah oleh wakil Raja Annam di Campa - Dinasti Ke-12 - tapi dinasti ini berkhir dengan RAJA CHE BONG - mangkat berperang dengan Tentera Annam.

1391-1441M
CAMPA diperintah semula oleh Dinasti ke-13 - menggunakan gelaran RAJA JAYA SINAVARMAN V - bukan keturunan Melayu-Bugis- dipercayai Raja Melayu-Campa.   
1442-1471M
Dalam period ini, CAMPA diperintah oleh Dinasti Ke-13 & Ke-14 - berakhir dengan RAJA P'AN-LO TOU-TSIUAN- CAMPA diserang hebat oleh Tentera Raja Annam - seluruh CAMPA diserapkan ke dalam NEGARA ANNAM dengan meninggalkan satu kawasan kecil di sebelah selatan yang penduduknya dipercayai kaum kerabat Raja Campa Dinasti Ke-13 & Ke-14.

1543M
Raja CAMPA Dinasti Ke-14 telah melarikan diri ke KEMBOJA setelah diburu oleh Tentera Annam. Kawasan yang ditawan itu diserapkan ke dalam Vietnam Selatan kini.  Jadi, sebahagian Bangsa Campa sebahagiannya di Kemboja dan sebahagian lagi tinggal di Vietnam.

Justeru, berakhirlah DINASTI RAJA MELAYU CAMPA di CAMPA.

Sumber :
Persatuan Bugis Daerah Muar, "Negara Campa" dlm SUARA BUGIS MUAR, 2004 (Unpublished).