Saturday, 19 December 2015

(53) BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI WAN CHIK BIN OKIMPJ WAN MUHAMMAD (1915-2015)

BUKIT  KOTA - KUALA LIPIS :
Bekas kediaman MAHARAJA PERBA JELAI WAN CHIK BIN OKIMPJ WAN MUHAMMAD ini dipercayai dibina dalam tahun 1915 di tapak yang sama sebelum ayahandanya OKIMPJ WAN MUHAMMAD BIN WAN IDRIS (OKIMPJ Ke 6, 1882-1916) meninggal dunia (1916).  Kediaman lama sebelum ini dipercayai dibina daripada struktur binaan daripada tiang kayu, dinding papan (kayu), atap nipah atau pedor.
 


Bekas Kediaman Maharaja Perba Jelai Wan Chik bin OKIMPJ Wan Muhammad (1915-2015) 

Signifikan :
-  Penyelidikan Seni Bina Rumah Tradisional Melayu - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Etnik & Salasilah Kekerabatan Pembesar Pahang - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Kedatangan Islam ke Bukit Kota - Jelai - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Ekonomi - Politik - Hulu Pahang 

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis, Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid berpendapat bahawa bekas premis kediaman yang berusia 100 Tahun (1915-2015) dari segi sejarah amat signifikan.   Bekas kediaman Maharaja Perba ini jika dapat dipelihara dan dipulihara, nescaya ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi. 

Satu hal yang tidak kurang penting, sejak abad ke-17 (1600M), zaman berzaman MAHARAJA PERBA silih-berganti pewaris - tapak pemerintahan dan kediaman hanyalah di BUKIT KOTA (Kuala Sungai Tanum) kecuali SRI MAHARAJA PERBA 1 (Selinsing - Hulu Jelai), dan SRI MAHARAJA 2 (Semput - Sungai Tanum).
 

No comments:

Post a Comment