Wednesday, 16 December 2015

(51) SEMINAR SEJARAH LISAN : WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 2015 :

      
SHAH ALAM -  ARKIB NEGARA, PERPUSTAKAAN AWAM & PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA telah menganjurkan satu seminar yang diberi nama SEMINAR SEJARAH LISAN : WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 2015  selama 2 hari (15-16 Disember, 2015) bertempat di AUDITORIUM PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS), Seksyen 13, SHAH ALAM, SELANGOR DE.   

Penganjuran Seminar Kali Ke-2 (2015) ini dihadiri kira 100 orang peserta daripada pelbagai kategori : para Akademik Pengajian Tinggi, para pelajar Pusat Pengajian Tinggi, ahli Persatuan Sejarah Malaysia, ahli Persatuan Sejarah Lisan Malaysia, wakil-wakil Pustakawan di seluruh negara, dan para peminat sejarah.

Mesej daripada PENGERUSI PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA (PS:M) :
Dr. ZAHIDI DATO' ZAINOL RASHID (017-4060090) 

 

Dr. Zahidi Dato' Zainol Rashid sedang menyampaikan ucapan aluan di samping menjelaskan program yang akan dijalankan tahun 2016.

PSLM - ditubuhkan sejak 2013. 
Terbuka kepada sesiap sahaja yang berminat untuk melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti, penyelidikan, penulisan, dan penerbitan.  
Alamat Persatuan : PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA - d/a Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Kelab Golf, 13/6 Seksyen 13, 40100 Shah Alam. 
Di samping aktiviti dalam negara - ada aktiviti di peringkat antarabangsa :  
2014 -  Pekan Baru,Sumatera
2015 -  Satun, Thailand  
2016 -  Bukit Tinggi Sumatera - Jun, 2016

Moderator dan Pembentang Kertas Kerja :

15hb. Disember, 2015 (Selasa)

09.00 pagi
Perasmian oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

10.30 pagi    - DUNIA MELAYU
Moderator  :  Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. (PSM)

1.   Menjejak Warisan Masjid Pra-Merdeka di Semenanjung Malaysia
      Oleh :  Prof. Madya Dr. Faridah NoorMohd Noor (UM)

2.   Odesi Anak Kampar  (Novel Sejarah)
      Oleh  : Dato' Wira Dr. Affifuddin Omar 
                   Pro-Cancelor Kolej Universiti Islam Negeri Kedah

3.   Kosmologi Dalam Sastera Melayu Filipina 
      Oleh  : Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)

11.30 pagi  -  TOKOH
Moderator  :  Dato' Abdul Rahman Yeop  (PSM)

 1.  Menelusuri Riwayat Hidup Tun Dr. Mahathir Mohamad 
      Oleh   :  Dr. Zahidi Dato' Zainol Rashid  (PSLM)

 2.  Dari Tanjung Ke Kuala (Memoir Seorang Guru Melayu)
      Oleh   : Hj.  Mohd Nor Long  (PSM)  


    Hj. Mohd Nor - seorang Guru Melayu - Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang - Felow PSM - penulis novel dan sejarawan sedang menyampaikan cenderhati kenangan kepada Ketua Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). 

 3.  Biografi Tan Sri Wan Mahmud Pa' Wan Teh Tokoh MCS
      Oleh   :  Dr. Mohd Samsuddin (UKM)

2.00 ptg  -  JEJAK SEJARAH  1
Moderator  Prof. Madya Dr. Ishak  Mat Saat (UPSI)

1.   Pendudukan Jepun dan Konflik Kaum di Tanah Melayu Berasaskan Sumber Lisan
      Oleh       :  Dr. Muhammad Ali Haniffa (UUM) 

3.30 ptg   -  MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA

16hb. Disember, 2015  (Rabu) 

9.00 pagi  - PERKONGSIAN ILMU

                     Kepentingan Sistem Pengurusan Sejarah Lisan
                     Oleh Ahmad Zam Harira Samsuddin (UiTM)

9.30 pagi  - JEJAK SEJARAH 2
Modeator  :  Dato' Wira Dr. Affifudin Omar 
                       (Pro-Cancelor Kolej Universiti Islam Negeri Kedah)

1.  Opu Bugis Lima Bersaudara  : Menjejaki Asal Usul Melalui Sejarah Lisan
     Oleh    :  Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM)

2.  Pelestarian Sejarah dan Budaya Warisan Lipis Berasaskan Sumber Lisan 
     Oleh    :  Dr. Rohani Abdul Ghani (UUM)

      
     Bekas Kediaman Maharaja Perba Jelai 
OKIMPJ Wan Chik bin OKIMPJ Wan Muhammad
(1915-2015 = 100 Tahun)

      Signifikan -  MAHARAJA PERBA wujud sejak abad ke-16 (Zaman Melaka) - zaman 
      Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah memerintah (1592-1614).   Institusi 
      MAHARAJA PERBA mempunyai impak yang kuat terhadap corak politik Pahang.
      

10.45 pagi  -    MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH
Moderator   :  Dr. Muhammad Ali Haniffa  (UUM)

Tetamu Undangan    :     Dato' Mokhtar Mahmud Baginda
                                            "DI SEBALIK RUNDNGAN DAMAI HATYAI"

Dr. Mohamaed Ali Haniffa - Moderator Dato' Mokhtar Mahmud Baginda


Dato' Mokhtar - Bekas Wartawan dan Bekas Setiausaha Akhbar - berasal dari Kerambit, Kuala Lipis - Pahang DM.
 
Dato' Mokhtar sedang menyampaikan pengkisahan sejarah untuk mencari kakak kandungnya di SELATAN THAILAND - SITI NORKIAH yang terpisah sejak 40 tahun setelah kakaknya memilih untuk bersama 10 REJIMEN - PARTI KOMUNIS MALAYA (PKMM).


Dato' Mokhtar Mahmud Baginda menerima cenderahati kenangan daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

No comments:

Post a Comment