Sunday, 20 December 2015

(47) HANG TUAH - PAHLAWAN TERBILANG MELAYU HIDUP ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA



 

WISMA SEJARAH - 04DIS2015 (JUMAAT)  - Penganjuran Bersama WACANA MENGENAI TOKOH HANG TUAH oleh PERPUSTAKAAN NEGARA - PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA jam 9.00 pagi DI WISMA SEJARAH ternyata bukan sahaja mengangkat tokoh HANG TUAH itu kepada KEWAJARAN, tetapi membuka ruang yang lebih luas kepada para sarjana, sejarawan, para pelajar pengajian tinggi, dan peminat sejarah, malah kerabat Hang Tuah sendiri untuk menjalankan penyelidikan secara lebih parameter. 

9 .30 pagi
Ketibaan para jemputan

9.50 pagi
Ketibaan Ybhg. Tan Sri Omar Hashim (Pengerusi Eksekutif PSM)

9.55 pagi
Ketibaan Ybrs.Puan Hjh Nafisah Ahmad (Ketua Pengarah Perpustakaan Negara.

Wacana ini dibicarakan oleh (1) Prof. Emeritus Dr. HASHIM MUSA, dan (2) Dr. ROHAIDA KAMARUDDIN - Moderator - Dr. Bazrul Bahaman (UPSI).

Peserta wacana ini terdiri daripada Pembentang Kertas Kerja, Para Akademik Pusat Pengajian Tinggi, Para Sarjana, Para Pelajar Pusat Pengajian Tinggi, Sejarawan, Pegawai-Pegawai Perpustakaan Negara, Pegawai-Pegawai PSM, dan juga Kerabat HANG TUAH sendiri.

Turut hadir ialah EN KHALID (017-394 8854) - KERABAT HANG TUAH - PERSATUAN SEJARAH DUYONG - MELAKA.  
 

Foto :  04/12/2015
En. Khalid (3 dari kiri),  Tan Sri Dato' (Dr.) Mohd Omar Hashim (Pengerusi Eksekutif PSM), Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid (AJK Eksekutif PSM), dan Dato' Haji Jumaat (Bendahari AJK Eksekutif PSM) -  Di PAMERAN HANG TUAH - WISMA SEJARAH.

NASKAH HIKAYAT HANG TUAH - VERSI KERABAT HANG TUAH
Naskah "HIKAYAT HANG TUAH" - versi kerabat Hang Tuah - kepunyaan kerabat Hang Tuah - penting kerana bernilai sejarah.

Foto  : 04/12/2015
Naskah "Hikayat Hang Tuah" - Versi Kerabat Hang Tuah)
(Salinan - Perpustakaan Negara Malaysia)

Foto  :  04/12/2015
(Kelihatan Naskah "Hikayat Hang Tuah" - Versi Kerabat Hang Tuah)
  
Dari Kiri :
En. Khalid (Pengerusi Persatuan Sejarah Duyong) & Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid (AJK Eksekutif PSM). 


Apapun hasil daripada wacana ini, dan bagaimana PAHLAWAN TERBILANG HANG TUAH disorot daripada pelbagai pendekatan - HANG TUAH sebagai PAHLAWAN MELAYU ERBILANG masih boleh ditelusuri kekerabatannya yang masih ada di NEGERI MELAKA dan NEGERI PAHANG.

Di Pahang Inderapura - HANG SEMAUN BIN HANG TUAH (PANGLIMA) - menjadi ORANG KAYA LIPIS Pertama.   Makam HANG SEMAUN BIN HANG TUAH diriwayatkan oleh sejarah lisan di Kg. CHIN - BUDU.

SENARAI ORANG KAYA LIPIS@TOK KAYA LIPIS  - ORANG BESAR 8 PAHANG
Jurnal WARISAN PAHANG - Disember, 2012 - Arkib Pahang)

01.   TOK KAYA HANG SEMAUN BIN HANG TUAH
02.   TOK KAYA ABDUL HAMID
03.   TOK KAYA ABDUL RAHMAN
04.   TOK KAYA BANDU TUN IBRAHIM 
05.   TOK KAYA MUHAMMAD
06.   TOK KAYA ABDULLAH HASHIM (BUGIS)
07.   TOK KAYA CENDAK
08.   TOK KAYA BUSU
09.   TOK KAYA HASSAN
10.   TOK KAYA TEH@WAN TEH - SETIAWANGSA - 1863M
11.  TOK KAYA SENTUL
12.  TOK KAYA AWANG PERANG
13.  TOK KAYA MAHMUD BIN MAT (PEKAN - PAHANG)
14.  TOK KAYA TAN SRI  RAZAK HUSSEIN  

- drswan - wallahualam !         

Saturday, 19 December 2015

(53) BEKAS KEDIAMAN MAHARAJA PERBA JELAI WAN CHIK BIN OKIMPJ WAN MUHAMMAD (1915-2015)

BUKIT  KOTA - KUALA LIPIS :
Bekas kediaman MAHARAJA PERBA JELAI WAN CHIK BIN OKIMPJ WAN MUHAMMAD ini dipercayai dibina dalam tahun 1915 di tapak yang sama sebelum ayahandanya OKIMPJ WAN MUHAMMAD BIN WAN IDRIS (OKIMPJ Ke 6, 1882-1916) meninggal dunia (1916).  Kediaman lama sebelum ini dipercayai dibina daripada struktur binaan daripada tiang kayu, dinding papan (kayu), atap nipah atau pedor.
 


Bekas Kediaman Maharaja Perba Jelai Wan Chik bin OKIMPJ Wan Muhammad (1915-2015) 

Signifikan :
-  Penyelidikan Seni Bina Rumah Tradisional Melayu - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Etnik & Salasilah Kekerabatan Pembesar Pahang - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Kedatangan Islam ke Bukit Kota - Jelai - Hulu Pahang
-  Penyelidikan Ekonomi - Politik - Hulu Pahang 

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis, Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid berpendapat bahawa bekas premis kediaman yang berusia 100 Tahun (1915-2015) dari segi sejarah amat signifikan.   Bekas kediaman Maharaja Perba ini jika dapat dipelihara dan dipulihara, nescaya ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi. 

Satu hal yang tidak kurang penting, sejak abad ke-17 (1600M), zaman berzaman MAHARAJA PERBA silih-berganti pewaris - tapak pemerintahan dan kediaman hanyalah di BUKIT KOTA (Kuala Sungai Tanum) kecuali SRI MAHARAJA PERBA 1 (Selinsing - Hulu Jelai), dan SRI MAHARAJA 2 (Semput - Sungai Tanum).
 

Friday, 18 December 2015

(50) NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSM KAWASAN LIPIS (2014/2015)

Dengan ini diberitahu bahawa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN  KALI KE-8 (2014/2015) bagi PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh         :   27/12/2015  (Ahad)
Masa           :   3.00 ptg
Tempat       :   Balai Raya JKKK Kg. Tanjung Lipis
                          Bandar Kuala Lipis - Pahang

Semua ahli PSMKL dijemput hadir.   Kopada ahli-ahli yang akseskepada blog ini -sila maklum kepada ahli-ahli PSM yang lain untuk hadir jika kelapangan.
Untuk mendapat info lanjut mengenai mesyuarat agung ini, sila berhubung dengan  AJK PSMKL 2014-2015 seperti berikut :

Pengerusi :
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (012-280 3685)
@AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Timbalan Pengerusi 1 :
En. Ibrahim bin Abdullah (011-1144 0932)

Timbalan Pengerusi 2 :
Haji Abdul Rani bin Wahab (017-954 1617)

Setiausaha Kehormat  :
Ustaz Yahaya bin Sidek (017-934 9717)

Penolong Setiausaha Kehormat :
En. Hamdan bin Abdullah (017-958 4016)

Bendahari Kehormat :
Pn. Noorhayati Daud (019-939 0685)

Ahli :
En. Abd Rahim Mohamed (014-829 8605)
En. Mohd Rosli Awang Besar (019-932 1147)
En. Amran Ismail ((019-939 0685)
Pn.Norgayah Hussein (017-955 6465)

Juruaudit Dalaman (JAD)
En. Mohamaed bin Mohamed Sooud (012-932 5681
Hj. Muhammad Yassin bin Hassan (019-932 5681) 

"MENGANGKAT MARTABAT SEJARAH MALAYSIA"
"LIPIS KAWASAN WARISAN SEJARAH"  
 
Wassalam

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Emel :  drswanamirzamp14@gmail.com 
Blog :  psmkawasanlipis.blogspot.com

Wednesday, 16 December 2015

(51) SEMINAR SEJARAH LISAN : WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 2015 :

      
SHAH ALAM -  ARKIB NEGARA, PERPUSTAKAAN AWAM & PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA telah menganjurkan satu seminar yang diberi nama SEMINAR SEJARAH LISAN : WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 2015  selama 2 hari (15-16 Disember, 2015) bertempat di AUDITORIUM PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS), Seksyen 13, SHAH ALAM, SELANGOR DE.   

Penganjuran Seminar Kali Ke-2 (2015) ini dihadiri kira 100 orang peserta daripada pelbagai kategori : para Akademik Pengajian Tinggi, para pelajar Pusat Pengajian Tinggi, ahli Persatuan Sejarah Malaysia, ahli Persatuan Sejarah Lisan Malaysia, wakil-wakil Pustakawan di seluruh negara, dan para peminat sejarah.

Mesej daripada PENGERUSI PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA (PS:M) :
Dr. ZAHIDI DATO' ZAINOL RASHID (017-4060090) 

 

Dr. Zahidi Dato' Zainol Rashid sedang menyampaikan ucapan aluan di samping menjelaskan program yang akan dijalankan tahun 2016.

PSLM - ditubuhkan sejak 2013. 
Terbuka kepada sesiap sahaja yang berminat untuk melibatkan diri dalam penganjuran aktiviti, penyelidikan, penulisan, dan penerbitan.  
Alamat Persatuan : PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA - d/a Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jalan Kelab Golf, 13/6 Seksyen 13, 40100 Shah Alam. 
Di samping aktiviti dalam negara - ada aktiviti di peringkat antarabangsa :  
2014 -  Pekan Baru,Sumatera
2015 -  Satun, Thailand  
2016 -  Bukit Tinggi Sumatera - Jun, 2016

Moderator dan Pembentang Kertas Kerja :

15hb. Disember, 2015 (Selasa)

09.00 pagi
Perasmian oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

10.30 pagi    - DUNIA MELAYU
Moderator  :  Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. (PSM)

1.   Menjejak Warisan Masjid Pra-Merdeka di Semenanjung Malaysia
      Oleh :  Prof. Madya Dr. Faridah NoorMohd Noor (UM)

2.   Odesi Anak Kampar  (Novel Sejarah)
      Oleh  : Dato' Wira Dr. Affifuddin Omar 
                   Pro-Cancelor Kolej Universiti Islam Negeri Kedah

3.   Kosmologi Dalam Sastera Melayu Filipina 
      Oleh  : Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)

11.30 pagi  -  TOKOH
Moderator  :  Dato' Abdul Rahman Yeop  (PSM)

 1.  Menelusuri Riwayat Hidup Tun Dr. Mahathir Mohamad 
      Oleh   :  Dr. Zahidi Dato' Zainol Rashid  (PSLM)

 2.  Dari Tanjung Ke Kuala (Memoir Seorang Guru Melayu)
      Oleh   : Hj.  Mohd Nor Long  (PSM)  


    Hj. Mohd Nor - seorang Guru Melayu - Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang - Felow PSM - penulis novel dan sejarawan sedang menyampaikan cenderhati kenangan kepada Ketua Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). 

 3.  Biografi Tan Sri Wan Mahmud Pa' Wan Teh Tokoh MCS
      Oleh   :  Dr. Mohd Samsuddin (UKM)

2.00 ptg  -  JEJAK SEJARAH  1
Moderator  Prof. Madya Dr. Ishak  Mat Saat (UPSI)

1.   Pendudukan Jepun dan Konflik Kaum di Tanah Melayu Berasaskan Sumber Lisan
      Oleh       :  Dr. Muhammad Ali Haniffa (UUM) 

3.30 ptg   -  MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA

16hb. Disember, 2015  (Rabu) 

9.00 pagi  - PERKONGSIAN ILMU

                     Kepentingan Sistem Pengurusan Sejarah Lisan
                     Oleh Ahmad Zam Harira Samsuddin (UiTM)

9.30 pagi  - JEJAK SEJARAH 2
Modeator  :  Dato' Wira Dr. Affifudin Omar 
                       (Pro-Cancelor Kolej Universiti Islam Negeri Kedah)

1.  Opu Bugis Lima Bersaudara  : Menjejaki Asal Usul Melalui Sejarah Lisan
     Oleh    :  Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM)

2.  Pelestarian Sejarah dan Budaya Warisan Lipis Berasaskan Sumber Lisan 
     Oleh    :  Dr. Rohani Abdul Ghani (UUM)

      
     Bekas Kediaman Maharaja Perba Jelai 
OKIMPJ Wan Chik bin OKIMPJ Wan Muhammad
(1915-2015 = 100 Tahun)

      Signifikan -  MAHARAJA PERBA wujud sejak abad ke-16 (Zaman Melaka) - zaman 
      Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah memerintah (1592-1614).   Institusi 
      MAHARAJA PERBA mempunyai impak yang kuat terhadap corak politik Pahang.
      

10.45 pagi  -    MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH
Moderator   :  Dr. Muhammad Ali Haniffa  (UUM)

Tetamu Undangan    :     Dato' Mokhtar Mahmud Baginda
                                            "DI SEBALIK RUNDNGAN DAMAI HATYAI"

Dr. Mohamaed Ali Haniffa - Moderator Dato' Mokhtar Mahmud Baginda


Dato' Mokhtar - Bekas Wartawan dan Bekas Setiausaha Akhbar - berasal dari Kerambit, Kuala Lipis - Pahang DM.
 
Dato' Mokhtar sedang menyampaikan pengkisahan sejarah untuk mencari kakak kandungnya di SELATAN THAILAND - SITI NORKIAH yang terpisah sejak 40 tahun setelah kakaknya memilih untuk bersama 10 REJIMEN - PARTI KOMUNIS MALAYA (PKMM).


Dato' Mokhtar Mahmud Baginda menerima cenderahati kenangan daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).