Friday, 19 February 2016

(62) SALASILAH ORANG KAYA LIPIS@TOK KAYA LIPIS

Kewujudan jawartan ORANG KAYA LIPIS@TOK KAYA LIPIS sebagai Elit Tradisional Pahang bertaraf ORANG BESAR BERLAPAN  agak tua usianya, tetapi dipercayai jawatan ini tarikh wujudnya kemudian sedikit daripada kewujudan jawatan SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI.  

01.  TOK KAYA HANG SEMAUN BIN HANG TUAH .. Putera HANG TUAH
02.  TOK KAYA ABDUL HAMID
03.  TOK KAYA ABDUL RAHMAN
04.  TOK KAYA BANDU BIN TUN IBRAHIM ................Bangsawan Melayu Melaka  
05.  TOK KAYA MUHAMMAD
06.  TOK KAYA ABDUL HAMID II
07.  TOK KAYA KASAR
08.  TOK KAYA ABDULLAH HASHIM ........adik-beradik Tok Kaya Ibrahim (Keturunan Bugis
09.  TOK KAYA CENDAK 
10.  TOK KAYA BUSU     
11.  TOK KAYA HASSAN
12.  TOK KAYA TEH@WAN TEH (1863M)
 
 FOTO   :    Duduk Di Kerusi Rotan - Tok Kaya Sentol@Wan Sentol 
(Koleksi Mohamed bin Mohamed Sooud)
13.  TOK KAYA SENTOL@WAN SENTOL BIN TOK KAYA TEH@WAN TEH
14.  TOK KAYA AWANG PERANG
15.   TOK KAYA SIR MAHMUD BIN MAT ....Pekan, Pahang DM.
16.  TOK KAYA ABDUL RAZAK HUSSEIN@TAN SRI ABDUL RAZAK   

Mengikut tradisi dahulukala, jawatan TOK KAYA LIPIS terus-terus menerus hendaklah diwarisi oleh jalur keturunan ini - demikianlah mengikut yang empunya cerita.

Dipadankan daripada MANUSKRIP JAWI kepunyaan EN MOHAMMED BIN MOHAMMED SOOUD BIN IDRIS (bin  TOK KAYA SENTOL@WAN SENTOL BIN TOK KAYA TEH@WAN TEH BIN WAN DERIS BIN WAN HASSAN .......kerabat SRI MAHARAJA PERBA di JELAI).   

Thursday, 18 February 2016

(60) GURU-GURU MELAYU DI DAERAH LIPIS SEBELUM TANAH MELAYU MERDEKA - 31 OGOS 1957.

KUALA LIPIS - PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS merakamkan ucapan TERIMA KASIH dan setinggi-tinggi PENGHARGAAN terhadap GURU-GURU MELAYU kelahiran LIPIS yang menjadi GURU sebelum Tanah Melayu merdeka.

Jasa mereka tetap dikenang meskipun kebanyakan mereka telah kembali ke rahmatullah.  Sumbangan mereka kepada PENDIDIKAN SEKOLAH MELAYU di DAERAH LIPIS amat besar dalam rangka melaksanakan misi pendidikan dalam era perkhidmatan mereka.

SENARAI GURU-GURU MELAYU - KELAHIRAN LIPIS

01.   Abdul Rahman bin Ismail
02.   Abdul Majid bin Yaakub
03.   Ahmad bin Daud
04.   Ahmad bin Hitam
05.   Ahmad bin Kotot
06.   Abdul Majid bin Yaakub
07    Ismail bin Idris
08.   Md. Ludin bin Said
09.   Mohd Zabidi bin Gendut
10.   Mohd Nai bin Ijau
11.   Wan Badaruzzaman bin Wan Ahmad
12.   Wan Abdul Hamid bin Wan Idris
13.   Wan Noriah Hj. Wan Abdullah
 
...... senarai ini akan dilengkapkan apabila data-data guru lama diperolehi.  Senarai nama ini nanti akan dimuatkan dalam Jurnal WARISAN PAHANG.

Sukacita jika Pengunjung blog ini dapat memberi nama guru-guru lama ini dan emel kepada : warisanperba@gmail.com - terima kasih.

Tuesday, 2 February 2016

(61) HASHIM MOHD ZABIDI - NOVELIS KUALA LIPIS

KUALA LIPIS - PSM KAWASAN LIPIS ingin merakamkan tahniah kepada HASHIM MOHD ZABIDI yang telah berjaya menghasilkan novel berunsur sejarah - berjudul BERKELANA yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) - 2013.

 

Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid (Pengerusi PSMKL) bersama beberapa orang AJK telah berkesempatan mengunjungi Penulis Lipis di kediamannya di No. 34,Jalan Damai, Taman Permai, 27200 Kuala Lipis - Pahang DM pada 23/01/2016 (Sabtu) yang lalu.  Kunjungan ke kediaman penulis ini sebenarnya sebahagian daripada program tidak rasmi JEJAK WARISAN KUMPULAN - untuk mengesan kisah-kisah silam di Kawasan Lipis yang banyak diketahui oleh beliau.

Setelah ditanya asal usul beliau, HASHIM MOHD ZABIDI akhirnya menceritakan bahawa nenek-moyangnya sebelah bapa boleh ditelusuri seperti berikut :

HASHIM bin MOHD ZABIDI (Guru Melayu) bin GENDUT bin MAT ARIS bin IMAM MAT SALLEH bin WAN SEMAUN (Kerabat  Sri Maharaja Perba di Jelai).   Demikian menurut yang empunya cerita - wallahualam.

RESENSI BUKU :

Novel BERKELANA hasil karya HASHIM MOHD ZABIDI sangat menarik untuk dibaca kerana bukan sahaja watak-watak yang ditampilkan merupakan watak-watak keluarga beliau sendiri, tetapi tempat-tempat yang menjadi latar belakang novel ini juga memang wujud dan masih ada hingga sekarang.

Tempat-tempat seperti Kg. Pagar (Penjom), Kg. Benta (Benta), dan Jeram Besu (Benta) - lokasinya berhampiran tebing Sg. Lipis dan merupakan perkampungan Melayu yang tua usianya di daerah Lipis - Pahang DM.

Lebih menarik HASHIM MOHD ZABIDI turut menyelitkan "dialek lepeh" yang kini jarang-jarang diujarkan kecuali orang-orang lama. 

Dialek Lepeh (Lipis) seperti : aok (awak), bobok (temberang), deme (awak semua), gamok (agaknya), homih (berleter), keh (saya), keknya (tetapi), kerayan (terkejut), kome (kami), matnya (mengapa), mengkelan (tak tertelan), moh (jom), pedeoh (tipu), pepalih (teruk sangat) dll. menjadikan novel ini sesuai dengan latar belakangnya.


BAB 1  -  BERHIJRAH
                 Mengisahkan Tok Mat Amin bin Tok Malik Selimang bin Tok Engah Endik bin
                Tok Mohd Ali Jaafar bin Baginda Demu (Raja Muhamad - Putera Raja Perak)
                 yang ingin berhijrah keluar dari Kampung Pagar (Penjom - 11 km dari Bandar 
                 Kuala Lipis) menghala ke Hulu Sg. Lipis - Pahang.

                 Sejarah :
                 Salasilah BAGINDA DEMU - Putera Raja Perak  - di Kuala Lipis
                 Kampung Pagar - Penjom (Kuala Lipis - Pahang DM)  

BAB 2  - MENYUSUR TEBING BERGALAH MUDIK
                Mengisahkan Tok Mat Amin bersama keluarga dan pengikut setianya 
                menyusur tebing Sg. Lipis bergalah mudik dengan  perahu jalur - mencari
                kawasan tempat tinggal yang baru.
                Tok Mat Amin menceritakan kisah Baginda Demu - susurgalur nenek-moyang 
                Tok Mat Amin.     

                Sejarah :
                Sg. Lipis - anak Sg. Jelai
                 Perahu Jalur
                 Riwayat Baginda Demu - Putera Raja Perak - di Kuala Lipis 

BAB 3 -  JERAM BISU
                Mengisahkan Tok Mat Amin bersama keluarga dan pengikutnya terus
                menyusur tebing Sg Lipis menempoh Kg. Benta dan Jeram Bisu.

                Sejarah :
                Kg.Benta - sekarang Pekan Benta.
                Jeram Besu - kawasan rekreasi dan perkelahan - ke hulu sedikit dari Kg. 
                Benta.