KUALA LIPIS - PSM KAWASAN LIPIS ingin merakamkan tahniah kepada HASHIM MOHD ZABIDI yang telah berjaya menghasilkan novel berunsur sejarah - berjudul BERKELANA yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) - 2013.
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid (Pengerusi PSMKL) bersama beberapa orang AJK telah berkesempatan mengunjungi Penulis Lipis di kediamannya di No. 34,Jalan Damai, Taman Permai, 27200 Kuala Lipis - Pahang DM pada 23/01/2016 (Sabtu) yang lalu. Kunjungan ke kediaman penulis ini sebenarnya sebahagian daripada program tidak rasmi JEJAK WARISAN KUMPULAN - untuk mengesan kisah-kisah silam di Kawasan Lipis yang banyak diketahui oleh beliau.
Setelah ditanya asal usul beliau, HASHIM MOHD ZABIDI akhirnya menceritakan bahawa nenek-moyangnya sebelah bapa boleh ditelusuri seperti berikut :
HASHIM bin MOHD ZABIDI (Guru Melayu) bin GENDUT bin MAT ARIS bin IMAM MAT SALLEH bin WAN SEMAUN (Kerabat Sri Maharaja Perba di Jelai). Demikian menurut yang empunya cerita - wallahualam.
RESENSI BUKU :
Novel BERKELANA hasil karya HASHIM MOHD ZABIDI sangat menarik untuk dibaca kerana bukan sahaja watak-watak yang ditampilkan merupakan watak-watak keluarga beliau sendiri, tetapi tempat-tempat yang menjadi latar belakang novel ini juga memang wujud dan masih ada hingga sekarang.
Tempat-tempat seperti Kg. Pagar (Penjom), Kg. Benta (Benta), dan Jeram Besu (Benta) - lokasinya berhampiran tebing Sg. Lipis dan merupakan perkampungan Melayu yang tua usianya di daerah Lipis - Pahang DM.
Lebih menarik HASHIM MOHD ZABIDI turut menyelitkan "dialek lepeh" yang kini jarang-jarang diujarkan kecuali orang-orang lama.
Dialek Lepeh (Lipis) seperti : aok (awak), bobok (temberang), deme (awak semua), gamok (agaknya), homih (berleter), keh (saya), keknya (tetapi), kerayan (terkejut), kome (kami), matnya (mengapa), mengkelan (tak tertelan), moh (jom), pedeoh (tipu), pepalih (teruk sangat) dll. menjadikan novel ini sesuai dengan latar belakangnya.
BAB 1 - BERHIJRAH
Mengisahkan Tok Mat Amin bin Tok Malik Selimang bin Tok Engah Endik bin
Tok Mohd Ali Jaafar bin Baginda Demu (Raja Muhamad - Putera Raja Perak)
yang ingin berhijrah keluar dari Kampung Pagar (Penjom - 11 km dari Bandar
Kuala Lipis) menghala ke Hulu Sg. Lipis - Pahang.
Sejarah :
Salasilah BAGINDA DEMU - Putera Raja Perak - di Kuala Lipis
Kampung Pagar - Penjom (Kuala Lipis - Pahang DM)
BAB 2 - MENYUSUR TEBING BERGALAH MUDIK
Mengisahkan Tok Mat Amin bersama keluarga dan pengikut setianya
menyusur tebing Sg. Lipis bergalah mudik dengan perahu jalur - mencari
kawasan tempat tinggal yang baru.
Tok Mat Amin menceritakan kisah Baginda Demu - susurgalur nenek-moyang
Tok Mat Amin.
Sejarah :
Sg. Lipis - anak Sg. Jelai
Perahu Jalur
Riwayat Baginda Demu - Putera Raja Perak - di Kuala Lipis
BAB 3 - JERAM BISU
Mengisahkan Tok Mat Amin bersama keluarga dan pengikutnya terus
menyusur tebing Sg Lipis menempoh Kg. Benta dan Jeram Bisu.
Sejarah :
Kg.Benta - sekarang Pekan Benta.
Jeram Besu - kawasan rekreasi dan perkelahan - ke hulu sedikit dari Kg.
Benta.

No comments:
Post a Comment