Sunday, 30 August 2015

(42) SALASILAH RAJA LUNDANG - ORANG BESAR LUNDANG - NEGERI KELANTAN

Kisah RAJA LUNDANG ini boleh dibaca dalam sebuah buku yang ditulis oleh Shafie Husin berjudul SEJARAH DAN TOKOH KAMPUNG LUNDANG terbitan Percetakan Dian Darul Naim Kelantan (2014).  Bagi peminat sejarah, buku ini boleh dibeli melalui pesanan terus kepada penulisnya Shafie Husin.  Harganya RM20.00 sahaja.  Shafie Husin boleh dihubungi melalui talian 019-948 6166.   Kata penulisnya, stok amat terhad.

RAJA LUNDANG yang menjadi tema buku ini sangat elok dibaca oleh orang awam bukan sahaja sebagai satu penghargaan atas sumbangan Raja Lundang  kepada politik tradisional Kelantan, tetapi turut menceritakan susurgalur KERABAT RAJA LUNDANG sejak dahulukala hingga sekarang yang mungkin berharga bagi kerabat dan warisannya yang tinggal di seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.

SALASILAH RAJA LUNDANG

1.   RAJA AKAR@WAN FATIHI SOLLEH - BENDAHARA NEGERI KELANTAN
(Paduka Bendahara Sri Maharaja Mangkubumi@Datuk Nehran) - Bendahara Negeri Kelantan  - zaman Raja Loyor (Raja Kelantan)

Putera-Puteri - 8 orang :
WAN PO', WAN ZAINAB, WAN EMBONG, WAN MEMBUNGA,WAN SITI, WAN MUSA, WAN SALMAH dan WAN KEMBANG.

2.   WAN MUSA BIN WAN FATIHI SOLLEH- BENDAHARA NEGERI KELANTAN
(Sri Amar Raja Bendahara@Bendahara Tuan Dagang) - Bendahara Negeri Kelantan zaman Sultan Umar (Raja Kelantan).

Putera-Puteri 10 orang :
WAN FATIMAH, WAN KUNDOR, WAN DAUD, WAN MAS, WAN AMINAH, WAN MELOR, WAN HAMID, WAN MUHAMMAD, WAN SOPIAH, dan WAN NAMAH.

Adapun WAN HAMID BIN WAN MUSA ini sering belayar ke CAMPA (Kerajaan Melayu) dan beliau mengahwini gadis Campa.  Daripada perkahwinan ini melahirkan 2 orang anak - WAN KADIR dan WAN SERI.  Ketika WAN HAMID pulang ke Kota Jembal - Kelantan, beliau telah meninggalkan isteri dan anak-anaknya di CAMPA. 

Sekembalinya ke Kota Jembal - Kelantan, WAN HAMID dan adiknya WAN MUHAMMAD naik HAJI.

Sekembali naik Haji, WAN MUHAMMAD pulang ke Kota Jembal - Kelantan, tetapi WAN HAMID berhenti di Johor, dan kemudiannya ke SIAK (Sumatera).

Di Siak, HAJI WAN HAMID mengahwini CHE KARTUYAH anak Sheikh to' Ki Berumu (Siak) - lalu mendapat 3 orang anak : WAN SUPIAH, WAN KARIM, dan WAN ZAINAB.   Kemudian HAJI WAN HAMID bermuafakat dengan sahabat dari Siak - SUTAN ADAS pergi ke LINGGA terlebih dahulu sebelum pulang ke Kota Jembal - Kelantan - dan meninggalkan anak-anaknya di Siak.  

Semasa HAJI WAN HAMID kembali ke Kelantan bersama SUTAN ADAS - beliau menmbawa 20 orang hulubalang dan beberapa ratus orang yang berasal dari Lingga yang ingin membawa diri ke Kelantan. 

Sesudah itu, HAJI WAN HAMID dikenali dengan nama ORANG KAYA MANDOR HAMIDSelanjutnya, selepas satu peperangan di Kelantan,  HAJI WAN HAMID mengahwinkan sahabat baiknya PENGHULU SUTAN ADAS (berkediaman di KAMPUNG KADOK - Kelantan) dengan adiknya WAN NAMAH ......lahir seorang anak dinamakan WAN ABDULLAH yang bergelar DATO' KAYA HULUBALANG KADOK.

3.     DATUK MAHARAJA WANGSA HAJI WAN HAMID BIN WAN MUSA
        PENGHULU MENTERI - ORANG BESAR NEGERI KELANTAN - Era Raja Long Yunus.
        (RAJA LUNDANG I, 1762-1790 - Marhum LINGGA - 
        PENGASAS KAMPUNG LUNDANG

Di KeLantan, HAJI WAN HAMID berkahwin dengan TUAN LUMAT binti PENGHULU RAJA NUH JEMBAL) .......melahirkan seorang putera diberi nama WAN MAHMUD.  WAN MAHMUD semasa kecilnya tinggal di  ISTANA RAJA LONG YUNUS - Raja Long Yunus menjadikan WAN MAHMUD sebagai anak angkat. 

Adapun RAJA LONG YUNUS (RAJA KELANTAN) itu mempunyai 15 orang :
 (1) LONG MUHAMMAD, (2) LONG HITAM, (3) LONG JENAL, (4) LONG YUSOF, (5) LONG MUDA, (6) LONG ISMAIL, (7) LONG PANDAK, (8) CHE KU PENAMBANG, (9) CHE KU NAMAH, (10) CHE KU TILOR. (11) CHE KU NAWI, (12) CHE WAN NGAH, (13) LONG DAGANG, (14) CHE KU CHE WOK, dan seorang anak angkat, (15) ABDUL HALIM.  

4.    DATUK PANGLIMA PERANG LUNDANG WAN MAHMUD BIN HAJI WAN HAMID 
       (Datuk Panglima Perang Lundang I@RAJA LUNDANG II, 1800-1830 - 
       Era Sultan Muhammad@Long Muhammad ibni Sultan Long Yunus.

Adapun Datuk Panglima Lundang Wan Mahmud mempunyai 3 orang anak : (1)  WAN MUHAMMAD, (2) WAN BULAT dan(3) WAN SULAIMAN.


5.   DATUK PANGLIMA PERANG LUNDANG WAN MUHAMMAD BIN WAN MAHMUD
       (Datuk Panglima Perang Lundang II@ Dato Mekong@RAJA LUNDANG III, 1830-1846 - 
       Era Sultan Muhammad@Long Muhammad ibni Sultan Long Yunus.

Thursday, 27 August 2015

(41) SEMINAR ANTARABANGSA : SEJARAH LISAN DALAM PERSPEKTIF WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA - SATUN (THAILAND) 2015

SEMINAR ANTARABANGSA yang diadakan pada 21-23 Ogos, 2015 (3 hari) bertempat di RESORT SATRIN (SATUN - THAILAND) ini telah dianjurkan secara bersama oleh PERSATUAN SEJARAH LISAN MALAYSIA - WILAYAH SATUN - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

Peserta Seminar yang berjumlah 90 orang terdiri daripada Pensyarah UUM, Pensyarah UiTM, Pensyarah UPSI,  Pelajar UiTM, Guru-Guru Wilayah Satun, dan Ahli Persatuan Sejarah Malaysia.

Dari MALAYSIA - perjalanan ke SATUN dari ALOR SETAR dgn BAS mulai 21hb Ogos, 2015.
Bagi Pensyarah dan Pelajar UiTM juga dgn BAS UiTM dari SHAH ALAM mulai 21hb Ogos, 2015.

21hb. Ogos 2015 (Jumaat)

8.00 am (waktu Malaysia)
Dari  ALOR SETAR - Lapangan Terbang Kepala Batas - UUM - ke  WANG KELIAN - Imigresen - ke BANDAR SATUN - ke RESORT SATRIN.

2.00 pm (waktu tempatan)pala
Makan Tengahari di RESORT SATRIN.

3.00 pm (waktu tempatan)
Pendaftaran dan Seminar bermula hingga 5.30 pm.

5.30 - 7.30 (waktu tempatan)
Rehat dan Santai di Resort Satrin

7.30 - 9.30 pm (waktu tempatan)
Majlis Makan Malam bersama Governor SATUN dan Pegawai-Pegawai Daerah SATUN - di RESORT SATUN.

Perasmian - Governor SATUN.

22hb. Ogos, 2015 (Sabtu)

7.30 am (waktu tempatan)
Minum Pagi

8.30 am (waktu tempatan)
Seminar berlangsung secara serentak (1 Dewan Besar dan 1 bilik)

1.30 pm (waktu tempatan)
Makan Tengahari.

3.00 pm (waktu tempatan)
Seminar berlangsung secara serentak (1 Dewan Besar dan 1 bilik)

5.30 pm (waktu tempatan)
Penutupan Seminar oleh Prof. Dr. Ramlah Adam (Universiti Perlis).

6.00 pm (waktu tempatan)
Bersiaran di Bandar SATUN dan Terminal Ferry ke Langkawi.

7.30 pm (waktu tempatan)
Makan Malam. 

8.30 - 10.00 pm (waktu tempatan)
Peserta ke PASAR MALAM SATUN.

23 Ogos, 2015 (Ahad)

7.30 am (waktu tempatan)
Minum Pagi

8.30 am (waktu tempatan)
Check-out Resort

9.00 am (waktu tempatan)
Bertolak dari RESORT SATRIN ke MUZIUM NASIONAL - SATUN.

9.15 am (waktu tempatan)
Melawat MUZIUM NASIONAL  - SATUN

10.15 am (waktu tempatan)
Bertolak dari MUZIUM NASIONAL - SATUN ke Imigresen Wang Kelian.

11.00 am (waktu tempatan)
Membeli-belah di Pekan Kecil -sempadan Thaialnad- Malaysia

12.00 am (waktu tempatan)
Di imigresen Thailand - Malaysia - ke Wang Kelian

12.30 pm (waktu Malaysia)
Makan Tengahari di Resoren Tok Mek (Perlis)

2.00 pm (waktu Malaysia)
Bertolak ke Jitra - Alor Setar - Pekan Rabu.

Semua peserta selamat kembali ke destinasi asal masing-masing dengan selamat.  Alhamdulillah.

Tuesday, 11 August 2015

(40) PROGRAM PELESTARIAN SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN PAHANG

KUALA LIPIS - UNIT KENEGARAAN MALAYSIA (PUSAT PENGAJIAN UMUM - UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) telah mengadakan kerjasama dan persefahaman dengan PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS dalam PROGRAM PELESTARIAN SEJARAH, BUDAYA DAN WARISAN PAHANG.

KERJASAMA dan PERSEFAHAMAN ini dapat direalisasikan apabila UNIT KENEGARAAN MALAYSIA (PPU - UUM) mengadakan pertemuan dengan PSM KAWASAN LIPIS pada 02hb. Ogos, 2015 (Ahad) jam  8.00 malam dalam satu MAJLIS MAKAN MALAM dan DISKUSI UMUM di SMK Kuala Lanar - Bandar Kuala Lipis, Pahang. 

Aturcara Program :

01 Ogos, 2015 (Sabtu)
-  5 orang Penyelidik PPU-UUM dari UUM ke Kuala Lipis - Pahang melalui Highway - 
    AlorSetar - Kuala Lumpur - Bentong - Raub - Kuala Lipis.
-  Menjejaki Warisan - Balai Polis, Raub - Pahang. 
-  Bermalam di HOTEL BESTARI PRIMA - Bandar Kuala Lipis.

02 Ogos,  2015 (Ahad)
 - Menjejaki Warisan - Mukim Budu (Perigi Mat Kilau, Kubu Pejuang, Batu Tanda Pusat
   Semenanjung Malaysia, Industri Gula Kabung.
-  Majlis Makan Malam Bersama PSM Lipis
-  Diskusi Dua Hala UNIT KENEGARAAN - PSM LIPIS

    Wakil PSM LIPIS
    Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid., AMP. (Pengerusi)
    Hj. Abdul Rani bin Wahab (Timbalan Pengerusi II)
    Ustaz Yahaya bin Sidek (Setiausaha Kehormat)
    En. Hamdan Abdullah (Penolong Setiausaha Kehormat)

    Wakil Unit Kenegaraan PPU -UUM
    Prof. Madya Dr. Rohani Hj. Abd Ghani (Penyelaras Program)
    Dr. Mohamed Ali Haniffa (Ketua Kumpulan)
    Dr. Norazlah Sham Rambely
    Dr. Rashidah Mamat
    En. Zulhilmi Paidi

03 Ogos, 2015 (Isnin)
-   Menjejaki Warisan di Kg. Bukit Kota (Bekas Kediaman Maharaja Perba Jelai - 100
    Tahun (1915-2015) - Makam Bukit Kota 1600-2015 -  Masjid Bukit Kota 1600-2015 -
     Gendang & Seni Silat Perang Jelai).
-   Menjejaki Pusat Tahfiz Kg. Relong - Waris Tok Linggi@Raja Ahmad
-   Muzium Warisan Lipis & Bangunan Kolonial British.

04 Ogos, 2015 (Selasa)
-   Menjejaki Warisan - Galeri SM Clifford - Kuala Lipis.
-   Menjejaki Warisan - Galeri Ibrahim Omar - SMK Kuala Lanar.
-   Motivasi Pelajar oleh Pensyarah UUM.
-   Bertolak dari Kuala Lipis melalui Sg. Koyan - Cameron Highlands - Simpang Pulai -
    Ipoh - Alor Setar - UUM.

"LIPIS KAWASAN WARISANSEJARAH"

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSM Cawangan Pahang@Ahli Jawatankuasa Eksekutif PSM