LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU akan mengadakan SEMINAR ANTARABANGSA BATU BERSURAT -PIAGAM TERENGGANU pada 09-10 MEI, 2015 di DEWAN BATU BERSURAT, KOMPLEKS MUZIUM, NEGERI TERENGGANU.
Blog : www.psmkawasanlipis.blogspot.com Emel : warisanperba@gmail.com
Tuesday, 28 April 2015
Wednesday, 8 April 2015
(38) ORANG KAYA BENDAHARA PADUKA RAJA MEGAT TERAWIS (BENDAHARA PERAK I) : PUTERA DAULAT YANG DIPERTUAN PAGAR RUYONG
1511M
Sultan Mahmud (Raja
Melaka) dan kerabat diraja terdekat telah berjaya melarikan diri ke Kampar (Sumatera) sebaik sahaja Kota
Melaka tewas di tangan Penjajah Portugis. Setelah beberapa lama di sana, akhirnya Baginda ditabalkan
sebagai Raja Kampar, dan mangkat di Kampar dalam tahun 1530.
Friday, 3 April 2015
(37) RAJA SRI TRI BUANA : PENGASAS KERAJAAN MELAYU SINGAPURA (1170 MASEHI)
Pertabalan SRI TRI BUANA sebagai RAJA dan YANG DIPERTUAN BENTAN
menggantikan WAN SERI BENI telah menjadikan BENTAN ketika itu sebuah KERAJAAN
MELAYU yang baru di NUSANTARA meskipun sebelum itu BENTAN sudah menjadi
KERAJAAN MELAYU sejak beberapa dekad. Di BENTAN bukan sahaja SRI TRI BUANA
merajai KERAJAAN MELAYU, tetapi turut menguasai kawasan-kawasan persekitaran
yang akhirnya menemui sebuah petempatan baru yang dikenalisebagai TEMASIK.
Pada satu ketika, RAJA SRI TRI BUANA ingin membawa permaisuri untuk bermian-main di laut sambil melihat persekitaran BENTAN. Masa bermain-main di laut itu, berlaku satu peristiwa sepertikan yang dinukilkan dalam SULALATUS-SALATIN(2009 : 39-40) :
Wahai pembaca sekalian. Demikianlah adanya.
Pada satu ketika, RAJA SRI TRI BUANA ingin membawa permaisuri untuk bermian-main di laut sambil melihat persekitaran BENTAN. Masa bermain-main di laut itu, berlaku satu peristiwa sepertikan yang dinukilkan dalam SULALATUS-SALATIN(2009 : 39-40) :
Maka turunlah ribut barat daya, terlalu besar dengan ombaknya. Maka
berpecahlah sekali perahu (pengiring) yang bersama kenaikan Baginda (Sri Tri
Buana) kecuali hanya (tinggal) tiempat buah perahu juga : (1) Perahu SRI TRI
BUANA, (2) Perahu DEMANG LEBAR DAUN, (3) Perahu MENTERI BUPALA, dan (4) Perahu
BATALA. Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai. Maka berapa
dipertimbulkan kenaikan (Baginda) itu tidak mahu kering air ruangnya masih
hingga lutut. Syahadan datanglah ke TELUK BELANGA, maka kenaikan (Baginda
Sri Tri Buana) itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam. Maka
titah Sri Tri Buana, " Apa yang ada lagi dalam perahu ini, maka tiada ia
mahu timbul ini ? Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik,
kalau sebab MAHKOTA kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya.
Maka diambil MAHKOTA itu lalu diletakkan (dibuang) ke air (laut).
Sekonyong-konyong teduhlah (berhentilah) ribut itu, dan ombak pun tenang
seperti air dalam balang. Maka segala perahu yang banyak itupun datanglah
semuanya berkampung, dan segala ORANG-ORANG BESAR (PEMBESAR NEGERI) turun
merngadap SRI TRI BUANA. Maka berangkatlah SRI TRI BUANA dan ISTERI
melihat TANAH TEMASIK. Dipandang Baginda, terlalu molek perbuatan (keadaan)
tanah itu, (ber) bukit tanahnya, dan rata di atasnya.
Maka Sri Tri Buana bersemayam di bawah pohon Jambu laut, dihadap segala
Orang-Orang Besar berbicara untuk membuat negeri seraya menitahkan rakyat
jelata menebas kayu di situ. Maka segala rakyat pun menebaslah;
sekonyong-konyong melintas SEEKOR BINATANG maha tangkas lakunya merah warna
bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya. sikapnya terlalu
perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia (binatang) melihat
orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada (pandangan) mereka itu. Maka
titah Sri Tri Buana, "Apa nama binatang yang serupa itu ? Maka
sembah Demang Lebar Daun, Tuanku, ceritera orang yang patik dengar, yang
demikian sifat dan kelakuan binatang itu SINGA konon namanya, tuanku."
Maka titah Sri Tri Buana, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini
kerana binatang gagah ada di dalamnya, dan sebutlah TEMASIK ini
SINGAPURA".
Justeru, sah dan nyatalah bahawa RAJA MELAYU yang bernama SRI TRI BUANA
itulah yang membuka dan menamakan TEMASIK itu SINGAPURA. Semasa SRI TRI BUANA
membuat negeri di SINGAPURA itu, belumlah ada penghuni kecuali binatang yang
disebut SINGA itu. Berikutan dengan penemuan negeri baru ini, SRI TRI BUANA dengan
sendirinya menjadi RAJA SINGAPURA 1 dan DEMANG LEBAR DAUN sebagai RAJA
BENDAHARA.
Wahai pembaca sekalian. Demikianlah adanya.
Sehubungan itu, penemuan penyelidikaan mutakhir (Abdul Rahman Ismail & Rakan, 2012) menunjukkan bahawa peristiwa pembukaan TEMASIK dan kemudiannya dinamakan SINGAPURA berlaku sekitar tahun 1170 M.
Senrai RAJA-RAJA MELAYU yang memerintah SINGAPURA adalah seperi berikut :
NAMA RAJA TEMPOH MEMERINTAH TAHUN MULA
SRI TRI BUANA 48 TAHUN 1170 M
PADUKA SRI PIKRAMA WIRA 15 TAHUN 1217 M
SRI RANA WIKRAMA 13 TAHUN 1232 M
PADUKA SRI MAHARAJA 12 1/2 TAHUN 1244 M
SRI ISKANDAR SHAH@PARAMESWARA 03 TAHUN 1257 M
Sumber Rujukan :
Abdul Rahman Ismail & Rakan (2012), Penemuan Tarikh Baru Pengasasn Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262M, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).
Wednesday, 1 April 2015
(35)LAWATAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (PSMCP) KE NEGERI JOHOR.
KUANTAN, 24 Mac, 2015
Seramai 38 orang ahli PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (PSMCP) mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) ke NEGERI JOHOR selama 3 hari : bermula 24/03/2015 (Selasa) hingga 26/03/2015.
Fokus LASBELA - KOTA TINGGI dan JOHOR BAHARU.
HARI 1 : 24/03/2015 (Selasa)
Seramai 38 orang ahli PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PAHANG (PSMCP) mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) ke NEGERI JOHOR selama 3 hari : bermula 24/03/2015 (Selasa) hingga 26/03/2015.
Fokus LASBELA - KOTA TINGGI dan JOHOR BAHARU.
HARI 1 : 24/03/2015 (Selasa)
7.30 pagi
Semua peserta berkumpul di WISMA SRI PAHANG - Bandar Kuantan.
8.00 pagi
Berlepas dari Bandar Kuantan menuju Kota Tinggi melalui Bandar Diraja Pekan, Pekan Rompin, Pekan Endau.
8.30 pagi
Minum pagi di sebuah kedai makan di pertengahan perjalanan antara Bandar Kuantan ke Bandar Diraja Pekan.
12.30 t.hari
Tiba di Bandar Kota Tinggi - melawat Muzium Kota Tinggi - disambut oleh Kurator Muzium dan Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi.
2.30 t.hari
Makan Tengahari di Restoren di Kota Tinggi.
3.30 ptg.
Melaawat Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama dan Wan Anum.
Semua peserta berkumpul di WISMA SRI PAHANG - Bandar Kuantan.
8.00 pagi
Berlepas dari Bandar Kuantan menuju Kota Tinggi melalui Bandar Diraja Pekan, Pekan Rompin, Pekan Endau.
8.30 pagi
Minum pagi di sebuah kedai makan di pertengahan perjalanan antara Bandar Kuantan ke Bandar Diraja Pekan.
12.30 t.hari
Tiba di Bandar Kota Tinggi - melawat Muzium Kota Tinggi - disambut oleh Kurator Muzium dan Setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi.
2.30 t.hari
Makan Tengahari di Restoren di Kota Tinggi.
3.30 ptg.
Melaawat Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama dan Wan Anum.
4.00 ptg
Melawat Kompleks Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
4.45 ptg
Melawat MakamBendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid.
5.15 ptg
Melawat Kawasan dan Muzium Kota Lama Johor
6.00 ptg
Bertolak dari Kota Tinggi menuju Johor Baharu.
8.30 mlm
Menginap di Hotel Seri Malaysia (Larkin)
HARI 2 : 25/03/2015 (Rabu)
7.00 pagi - Sarapan Pagi
8.30 pagi
Kunjungan Hormat kepada PSM Cawangan Johor (PSMCJ) di Pejabat PSM Johor di Bekas Kediaman Dato' Onn Jaafar.
10.00 pagi
Kunjungan Hormat kepada Yayasan Warisan Johor di Bekas Kediaman Dato' Jaafar (Menteri Besar Johor).
2.00 ptg
Melawat Muzium Cina di Bandar Johor Baharu.
4.00 ptg
Acara Bebas
HARI 3 : 26/03/2015 (Khamis)
7.00 pagi
Sarapan Pagi
8.30 pagi
Melawat Arkib Negara Johor
10.30 pagi
Melawat Kota Iskandar (Kompleks Jabatan Kerajaan Negerio Johor)
2.30 ptg
Berkunjung ke Johor Premier Outlet (JPO)
5.00 ptg
Bertolak balik dari JPO ke Kuantan.
11.30 mlm
Tiba di Kuantan.
Pelaporan Oleh :
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSMCP@AHLI JAWATANKUASA PSM (PUSAT)
Subscribe to:
Posts (Atom)