Friday, 3 April 2015

(37) RAJA SRI TRI BUANA : PENGASAS KERAJAAN MELAYU SINGAPURA (1170 MASEHI)


Pertabalan SRI TRI BUANA sebagai RAJA dan YANG DIPERTUAN BENTAN menggantikan WAN SERI BENI telah menjadikan BENTAN ketika itu sebuah KERAJAAN MELAYU yang baru di NUSANTARA meskipun sebelum itu BENTAN sudah menjadi KERAJAAN MELAYU sejak beberapa dekad. Di BENTAN bukan sahaja SRI TRI BUANA merajai KERAJAAN MELAYU, tetapi turut menguasai kawasan-kawasan persekitaran yang akhirnya menemui sebuah petempatan baru yang dikenalisebagai TEMASIK. 

Pada satu ketika, RAJA SRI TRI BUANA ingin membawa permaisuri untuk bermian-main di laut sambil melihat persekitaran BENTAN.   Masa bermain-main di laut itu, berlaku satu peristiwa sepertikan yang dinukilkan dalam SULALATUS-SALATIN(2009 : 39-40) :



Maka turunlah ribut barat daya, terlalu besar dengan ombaknya. Maka berpecahlah sekali perahu (pengiring) yang bersama kenaikan Baginda (Sri Tri Buana) kecuali hanya (tinggal) tiempat buah perahu juga : (1) Perahu SRI TRI BUANA, (2) Perahu DEMANG LEBAR DAUN, (3) Perahu MENTERI BUPALA, dan (4) Perahu BATALA.  Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai.  Maka berapa dipertimbulkan kenaikan (Baginda) itu tidak mahu kering air ruangnya masih hingga lutut.  Syahadan datanglah ke TELUK BELANGA, maka kenaikan (Baginda Sri Tri Buana) itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam.  Maka titah Sri Tri Buana, " Apa yang ada lagi dalam perahu ini, maka tiada ia mahu timbul ini ?  Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik, kalau sebab MAHKOTA kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya.  Maka diambil MAHKOTA itu lalu diletakkan (dibuang) ke air (laut). Sekonyong-konyong teduhlah (berhentilah) ribut itu, dan ombak pun tenang seperti air dalam balang.  Maka segala perahu yang banyak itupun datanglah semuanya berkampung, dan segala ORANG-ORANG BESAR (PEMBESAR NEGERI) turun merngadap SRI TRI BUANA.  Maka berangkatlah SRI TRI BUANA dan ISTERI melihat TANAH TEMASIK. Dipandang Baginda, terlalu molek perbuatan (keadaan) tanah itu, (ber) bukit tanahnya, dan rata di atasnya.  



Maka Sri Tri Buana bersemayam di bawah pohon Jambu laut, dihadap segala Orang-Orang Besar berbicara untuk membuat negeri seraya menitahkan rakyat jelata menebas kayu di situ.  Maka segala rakyat pun menebaslah; sekonyong-konyong melintas SEEKOR BINATANG maha tangkas lakunya merah warna bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya. sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia (binatang) melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada (pandangan) mereka itu.  Maka titah Sri Tri Buana, "Apa nama binatang yang serupa itu ?  Maka sembah Demang Lebar Daun, Tuanku, ceritera orang yang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu SINGA konon namanya, tuanku."



Maka titah Sri Tri Buana, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini kerana binatang gagah ada di dalamnya, dan sebutlah TEMASIK ini SINGAPURA".    



Justeru, sah dan nyatalah bahawa RAJA MELAYU yang bernama SRI TRI BUANA itulah yang membuka dan menamakan TEMASIK itu SINGAPURA. Semasa SRI TRI BUANA membuat negeri di SINGAPURA itu, belumlah ada penghuni kecuali binatang yang disebut SINGA itu. Berikutan dengan penemuan negeri baru ini, SRI TRI BUANA dengan sendirinya menjadi RAJA SINGAPURA 1 dan DEMANG LEBAR DAUN sebagai RAJA BENDAHARA.

Wahai pembaca sekalian.  Demikianlah adanya.   

Sehubungan itu, penemuan penyelidikaan mutakhir (Abdul Rahman Ismail & Rakan, 2012) menunjukkan bahawa peristiwa pembukaan TEMASIK dan kemudiannya dinamakan SINGAPURA berlaku sekitar  tahun 1170 M.
Senrai RAJA-RAJA  MELAYU yang memerintah SINGAPURA adalah seperi berikut :

NAMA RAJA                                         TEMPOH MEMERINTAH                    TAHUN MULA

SRI TRI BUANA                                              48 TAHUN                                   1170 M
PADUKA SRI PIKRAMA WIRA                      15 TAHUN                                   1217 M
SRI RANA WIKRAMA                                     13 TAHUN                                    1232 M
PADUKA SRI MAHARAJA                              12 1/2 TAHUN                              1244 M
SRI ISKANDAR SHAH@PARAMESWARA   03 TAHUN                                   1257 M

Sumber Rujukan :
Abdul Rahman Ismail & Rakan (2012),  Penemuan Tarikh Baru Pengasasn Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262M, Melaka:  Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).

No comments:

Post a Comment