Friday, 21 December 2012

MUKIM BUDU : BERSEJARAH, TERKINI DAN BERWAWASAN

BENTA (PHG.) - MUKIM BUDU akan menempa satu sejarah di mana satu program sosial atas tajuk MUKIM BUDU : BERSEJARAH, TERKINI dan BERWAWASAN akan diadakan di PUSAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN - MUKIM BUDU bermula 22hb hingga 24 Disember, 2012.  Hari kemuncak pada 24/12/2012 itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak (Exco Kerajaan Negeri Pahang & ADUN Benta).

AturCara Majlis :

08.30 pagi     - Ketibaan Dif-Dif Kehormat & Jemputan 
08.50 pagi     - Ketibaan Pegawai Daerah Lipis, Pengarah Jabatan Perparitan & Saliran Pahang, dan YB
                        Ahli Parlimen Lipis 
09.00 pagi     - Ketibaan Tetamu Utama : YB Dato' Ir Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak
09.15 pagi     - Ucapan Aluan - Pengacara Majlis
09.25 pagi     - Bacaan Doa
09.30 pagi     - Rumusan Diskusi - MUKIM BUDU : BERSEJARAH, TERKINI dan BERWAWASAN
10.00 pagi     - Minum Pagi
10.45 pagi     - Ucapan Pegawai Daerah Lipis
11.00 pagi     - Ucapan Perasmian YB Dato' Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak.
                        Penyampaian Hadiah & Saguhati kepada 9 orang Penulis Jurnal Warisan Pahang.
11.45 pagi     - Mesyuarat Agung PSM Kawasan Lipis & Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan PSM
                        Pahang Barat Berhad 
01.30 t.hari    - Makan Tengah Hari
02.00 ptg       - Perjumpaan ANGKASA/SKM Bersama 5 Buah Koperasi Mukim Budu.
04.30 ptg.      - Majlis Bersurai

Semua AHLI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS atau sesiapa yang ingin menjadi ahli - sila hadir ke majlis ini.

Produk Jualan :

Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis - JURNAL WARISAN PAHANG Bil. 1  Disember 2012 Harga : RM15.00/senaskah.

Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat   - MINYAK ENGINE 4 LITRES 10W/30W- SAPURA PRORIDE  LUBRICANTS.  Harga Jualan : RM45.00 (ahli)  RM48.00 (Bukan Ahli)

Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. 
Pengerusi
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS
HP : 012-280 3685   Emel : wanamirzamp@yahoo.com

Saturday, 6 October 2012

SEMINAR PENINGKATAN DAYA SAING MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI ANJURAN KOLEJ ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM (MELAKA)

SEMINAR PENINGKATAN DAYA SAING MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI akan diadakan seperti maklumat berikut :

TARIKH                         :  09 OKTOBER, 2012N (SELASA) - 1 HARI
TEMPAT                        :   HOTEL AVILLION LEGACY, MELAKA
PENGANJUR                 :  KOLEJ ANTARABANGSA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
BAYARAN SEMINAR  :  RM 350.00/peserta 
PERASMI                       :  YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
                                           KETUA MENTERI MELAKA

Untuk keterangan lanjut dan penyertaan seminar - sila berhubung dengan Sekretariat Seminar di talian 06-231 3431 atau emel : seminar@kadmdi.edu.my - terima kasih. 

Thursday, 5 July 2012

SEMINAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA : DI ANTARA SEJARAH DAN TUNTUTAN SEMASA

KUALA LUMPUR - SEMINAR SEHARI  yang dihadiri kira-kira 200 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang (Timbalan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 05 Julai, 2012 (Khamis).  Seminar ini bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg. bertempat di Auditorium MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Ucapan Aluan
Puan Hjh Daresah Hj. Ismail
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
Ucap Utama :
Prof. Emiritus Datuk Dr. Hj. Shad Saleem Faruqi (UiTM)

Moderator dan Pembentang  :

SESI  I          :  PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF SEJARAH
Moderator     ;  Dr. Suffian Mansor (UM)
Pembentang   :  Prof. Emiritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim (KUIM)
                        Sejarah Awal Perlembagaan Tanah Melayu

                        Prof. Madya Dr. Joseph Milton Fernando (UM)
                        Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Usaha Suruhanjaya Reid Untuk 
                        Mencapai  Kesimbangan Tuntutan Semasa

                        Dr. Azharuddin Mohamad (UM)
                        Perlembagaan Malaysia : Penyertaan Sabah dan Sarawak Dalam Malaysia

SESI  II       :  PERLEMBAGAAN DARI PERSPEKTIF SEMASA
Moderator    ;  En.Mohd. Samsudin (UKM)
Pembentang  :  Prof. Madya Dr. Shamrahayu A.Aziz (UIA)
                       Kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan : Sejarah dan Masa Depan

                       Hj. Mahamad Nasir Disa (MAIWP)
                       Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan

                       Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian (USM)
                       Perpaduan dari perspektif Perlembagaan Persekutuan

Wakil dari PSM Cawangan Pahang dan PSM Kawasan Lipis turut hadir.

Semua KERTAS KERJA yang dibentangkan boleh dimuatturun daripada PORTAL ARKIB NEGARA.

Saturday, 26 May 2012

EKSPEDISI MENYELUSURI SG. PAHANG

KUALA LIPIS - MUZIUM PAHANG telah menganjur satu EKPEDISI MENYUSURI SG. PAHANG selama 6 hari bermula pada 26-31 Mei, 2012. Seramai 25 orang peserta terdiri beberapa kumpulan : Pegawai Muzium dan JuruFoto (Muzium Pahang), Pusat Pembangunan Modal Insan Budu (PPMIB), Blackwind Aventure Team (BAT - 7 Countries), Kelab Kembara, Rekreasi dan Jejak Sejarah Anak Pahang (KEMBARA), dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis (PSMKL).    

Ekspedisi FASA I ini bermula dari Ulu Sg. Pahang (Terminal Kuala Tembeling) menghilir hingga muara Sg. Pahang.

26/05/2012
HARI PERTAMA
Berkumpul dan bermalam di Pusat Pembangunan Modal Insan Budu (PPSMIB) - Kg. Budu (Benta) - Pahang - makan malam, suaikenal dan diskusi santai mengenai ekpedisi dan hal-hal  Sejarah Pahang.  KG. BUDU merupakan Kawasan Warisan Sejarah di Pahang yang memerlukan penyelidikan lanjutan. Pada zaman silam, "EMAS" banyak ditemui permukaan tanah dan pasir di anak-anak sungai di sekitar Kg. Budu.  Ada juga mengikut yang empunya cerita bahawa LEMBAH BUDU ini merupakan sebuah kawasan Tamadun Awal di Semenanjung Tanah Melayu.

27/05/2012
HARI KEDUA
Bertolak dari PPSMIB - perjalanan darat dengan 4WD - melalui kampung-kampung tradisional : Pekan Benta, Rengai, Penjom, Bandar Kuala Lipis, Kuala Lanar, Jeram Bungor, Kerambit, Jeram Landak-Mela -- hingga ke Terminal Kuala Tembeling. 

Foto 1 :
Terminal Bot Kuala Tembeling
(Pertemuan Ulu Sg. Pahang-Muara Sg. Jelai-Muara Sg. Tembeling)

Dari Terminal Kuala Tembeling dengan perahu kajang melalui JERAM AMPAI ke Kg. Chebong.  

JERAM AMPAI merupakan Kawasan Warisan Sejarah di mana di sinilah PERANG JERAM AMPAI berlaku antara Wira Melayu-Askar British.  Sekitar 100 orang Askar British yang mati terbunuh akibat serangan waktu malam oleh wira-wira Pahang.

Foto 2 :
Jeram Ampai
(Dahulukala Jeram Ampai Laluan Strategik Sg. Tembeling - Tempat Pertempuran Wira Pahang -Askar British)

Kemudian wawancara dengan waris Pahlawan Pahang Mat Kilau, sebelah  nasab ibu.

Singgah di Jerantut Ferry - Makan Tengahari bersama Tok4 Jerantut Ferry - sesudah itu  melihat Pertunjukan SENI SILAT CEKAK HANAPI di Jerantut Ferry - menghilir lagi Sg. Pahang hingga lewat petrang di Kg. Pulau Tawar - singgah di SG. SELAN - tempat "Sumpah Taat Setia" ORANG BESAR PAHANG-SULTAN AHMAD AL-MUADZAM SHAH (Sultan Pahang Moden I, 1882-1914M) - kemudian menjejaki Tapak ISTANA PULAU TAWAR dan   mengunjungi MAKAM PAHLAWAN MAT KILAU.

Foto 3 :
Makam Pahlawan Pahang Mat Kilau
(Pulau Tawar - Jerantut - Pahang)

Bermalam di MASJID LAMA MAT KILAU (Pulau Tawar) serta berkhemah di kawasan masjid.  Sebelah malam adakan Majlis Bacaan Yassin di Masjid Lama Mat Killau sambil wawancara dengan Tokoh Warga Emas - mengenai SEJARAH ASAL PULAU TAWAR dan RIWAYAT HIDUP PAHLAWAN MAT KILAU.

Foto 3 :
Masjid Lama Mat Kilau
(Masjid Tempat Pengakuan Mat Kilau Mengisytihar Diri Berhampiran Tebing Sg. Pahang)  

28/05/2012
HARI KETIGA
Bertolak dari Pulau Tawar menghilir Sg. Pahang dengan Bot Kajang dan sebahagian peserta dengan 4WD --- singgah di Kuala Tekal - MASJID KUALA TEKAL -- sebuah Kawasan Warisan Sejarah yang menempatkan KELUARGA SYED sejak abad ke-19M - wawancara dengan Tok4 Kuala Tekal mengenai PENGASASAN KOMUNITI KELUARGA SYED.

Kemudian singgah di KG. SANGGANG -- wawancara dengan Tokoh Sejarah mengenai SEJARAH TEMERLOH dan KG. SANGGANG.  Minum petang bersama Pengerusi JKKK Kg. Sanggang -- kemudian melihat Pertunjukan Permainan Gasing Tradisional Pahang berhampiran dengan tebing Sg. Pahang.

Ekpedisi hari ke-3 ini berakhir di KG. BERHALA GANTANG -- bermalam di MAAHAD TAHFIZ BERHALA GANTANG yang lokasinya hampir dengan Sg. Pahang.  Sebelah malam    selepas Solat Isyak - wawancara dengan MUDIR MAAHAD TAHFIZ dan PENULIS SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PAHANG.

29/05/2-12
HARI KEEMPAT
Dari Kg. Berhala Gantang menghilir Sg. Pahang --- singgah di KUALA SEMANTAN --- di zaman silam menjadi Pusat Kuasa dan Niaga Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan.  Wawancara dengan Tokoh Sejarah --- mengimbas kembali SEJARAH PAHANG  di sekitar Kuala Semantan.  Makan tengah hari sebelum menyambung perjalanan menyelusuri Sg. Pahang dan daratan di Kuala Semantan --- melihat keindahan Lembah Sg. Pahang --- tebing sungai yang masih dilitupi flora dan fauna, serta keindahan tebing sungai.

Singgah di PEKAN CENOR LAMA --- lokasi di tebing Sg. Pahang - masih asli dengan Bangunan Kayu.

Makan Malam bersama Imam dan Kariah Masjid Lama Pekan Cenor - bermalam di khemah berdekatan dengan Masjid Lama Pekan Cenor.

30/05/2012
HARI KELIMA
Dari PEKAN CENOR LAMA --- menghilir Sg. Pahang --- singgah di beberapa tempat yang telah ditinggalkan penduduk --- kedai kayu yang masih utuh tetapi tidak berpenghuni ---- terus menghilir Sg. Pahang --  makan tenga hari --- singgah di Kuala Pahang ---- dan berakhir di PEKAN BANDAR DIRAJA - makan malam dan bermalam di PEKAN BANDAR DIRAJA. 

Friday, 17 February 2012

IMBASAN SEJARAH 2011 : SEMINAR KETOKOHAN TUN SRI LANANG DALAM SEJARAH DUA BANGSA INDONESIA-MALAYSIA

BIREUEN (ACEH)
08 Disember, 2011

SEMINAR KETOKOHAN TUN SRI LANANG DALAM SEJARAH DUA BANGSA : INDONESIA-MALAYSIA telah diadakan bertempat di KABUPATEN - BIREUEN (ACEH). 



FOTO 1 (09.12,2011) : TUN SRI LANANG 
PENGARANG SULALATUS-SALATIN@SEJARAH MELAYU)

Seminar ini adalah anjuran bersama KEMENTERIAN KEBUDAYAAN & PRAWISATA-YAYASAN TUN SRI LANANG-MASYARAKAT SEJARAWAN INDONESIA-PEMERINTAH PROVINSI ACEH-PEMERINTAH DAERAH KABUPATEN BIREUEN. Peserta seminar yang berjumlah sekitar 450 majoritinya terdiri daripada perwakilan Indonesia, manakala sebahagian kecilnya ialah perwakilan daripada Malaysia dan Singapura.


 FOTO  2 (08.12.2011):
 PERSEMBAHAN KOIR SMA - ACEH
PEMBUKAAN SEMINAR KETOKOHAN TUN SRI LANANG

 Sebanyak 12 KERTAS KERJA telah dibentangkan dalam seminar sehari ini.

Ucap Utama :
Dr. Mukhlis PaEni - Lembaga Sensor RI

Pleno 1
LINTASAN SEJARAH TUN SRI LANANG
1.  Salasilah Kekerabatan Kesultanan Melayu Nusantara
     - YH Dato' Sri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan - Pengerusi PSMCP.
2.  Menelusuri Tun Sri Lanang Dalam Lintasan Sejarah Aceh.
     - Prof. Dr. M. Dien Madjid - Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah - Jakarta.
3.  Singapura Dalam Salatus-Salatin
     - Djamal Tukimin - Sastrawan Singapura & Penerima Anugerah Tun Sri Lanang.

Pleno 2
LITERATUR TUN SRI LANANG  
4.  Tun Sri Lanang dan Pusar-Pusar Persoalan
      - Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh (USM)
5.  Tun Sri Lanang Pengarang Agung Sejarah Melayu
      - Prof. Madya Dr. Talib Samat (UPSI)
6.  Sulalatus-Salatin Karya Tun Sri Lanang : Kebesaran Karya Sastera Melayu Yang Mekampaui
     Zaman
      - Dr. Osman Fathurrahman- Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah - Jakarta.

Pleno 3
PENINGGALAN TUN SRI LANANG
7.  Adat Budaya Aceh Dalam Konstelasi Hubungan Raja-Raja Melayu (Tun Sri Lanang) di Aceh
     - Badaruzzzaman Ismail., SH.M.Hum (Ketua Majlis adat Aceh)
8.  Tun Sri Lanang Permata Melayu Tersohor : Peninggalannya
     - Haji Kamdi bin Kamal (Yayasan Warisan Johor)

Pleno 4
ANEKA RAGAM SENI, ARSITEKTOR DAN BUDAYA PENINGGALAN TUN SRI LANANG 
9.  Aceh Sebelum Aceh
     -  E. Edwards McKinnon (National University of Singapore)
10.Tun Sri Lanang dan Sastera Melayu
     -  Prof. Dr. Abdul Rahman Nafiah (UPSI)

Pleno 5
PEMAHAMAN KEISLAMAN DI ACEH
11. Pemahaman Keislaman Di aceh Abad Ke-16-17M
      - Prof. Dr. Misri A. Muchsin (IAIN Ar-Raniry - Banda Aceh)
12. Tun Sri Lanang Dalam Sejarah Dua Bangsa
      - Prof. Dr. Rusjdi Ali Muhammad., SH., M.A.(IAIN Ar-Raniry - Banda Aceh)

BIREUEN, ACEH
09 Disember, 2011

IBU GABENOR ACEH telah merasmikan MAJLIS PERISYTIHARAN MAKAM TUN SRI LANANG (BENDAHARA JOHOR-RIAU) yang terletak di SAMALANGA (BIREUEN-ACEH) sebagai KAWASAN WISATA SEJARAH MELAYU NUSANTARA.

 

FOTO  3  :  
MAKAM TUN SRI LANANG DI SAMALANGA - BIRUEN (ACEH) 09.12.2011


FOTO 4 : 
KEDIAMAN TUN SRI LANANG DI SAMALANGA -BIREUEN (ACEH) 09.12.2011


Sebelum ucapan perasmian majlis oleh Ibu Gabenor Aceh itu, YH Dato' Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (Waris Tun Sri Lanang - MALAYSIA) dan Hjh Pocut Haslinda Teuku Hamid Azwar (Waris Ke-8 Tun Sri Lanang - INDONESIA) telah memberi ucapan ringkas mengenai riwayat TUN SRI LANANG yang dibawah ke Aceh dari Johor.  


FOTO 5 :
HJH POCUT HASLINDA TEUKU HAMID AZWAR
(WARIS KE-8 TUN SERI LANANG)


Turut menyaksikan majlis perisytiharan ini ialah ahli keluarga Dato' Sri Wan Abdul Wahid dan ahli keluarga Hjh Pocut Haslinda.  Turut serta dalam majlis ini ialah Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid dan Cdr (B) Roslizan Hj. Ahmad Mahidin (Wakil PSM Pahang), Ahli Majlis PSM Pusat : Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, Prof. Dr. Muhammad Hj Salleh (USM), Hj. Kamdi Kamil (Yayasan Warisan Johor), Prof. Dr. Abdul Rahman Nafiah (UPSI), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (UM), dan Saudara Djamal Tukimin (Sastrawan Singapura). 

WAASALAM