Saturday, 26 November 2016

(69) LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) KE PALEMBANG

KUALA LIPIS - PSM KAWASAN LIPIS akan mengadakan SIRI LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASBELA) KE PALEMBANG pada 19-22 DISEMBER, 2016.
Ahli Persatuan/Bukan Ahli boleh bersama dalam Siri LASBELA kali ini.

Sila berhubung terus dengan CIKGU AHMAD POZI 011-1063 8338 atau EN ZULKIPLE 011-3219 0090.

TEMPAT TERHAD.


Terima Kasih.  

Thursday, 3 November 2016

(70) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSMKL KE-9 (2015/2016)

KUALA LIPIS - PSM KAWASAN LIPIS akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-9 (2015/2016) :

TARIKH            :   10 OKTOBER, 2016 (SABTU)
MASA               :    2.30 - 4.30 PTG
TEMPAT           :    BILIK MESYUARAT
                                PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIPIS

Semua AHLI JAWATANKUASA dan AHLI BERDAFTAR/BAKAL AHLI dijemput HADIR.

Jamuan Ringan disediakan.

Terima Kasih atas sokongan anda terhadap PSM KAWASAN LIPIS.

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
PENGERUSI

Saturday, 17 September 2016

(67) SEMINAR PERLEMBAGAAN NEGARA : ANJURAN BERSAMA PSMKLIPIS - PSMCPAHANG

KUALA LIPIS :
PSM KAWASAN LIPIS - PSM CAWANGAN PAHANG dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan akan mengadakan SEMINAR PERLEMBAGAAN NEGARA :  MALAYSIA.

TARIKH         : 15/10/2016 (SABTU)
MASA             :  8.00 PAGI - 1.00 T.HARI
TEMPAT        :  DEWAN JUBLI PERAK SHAS - BANDAR KUALA LIPIS, PAHANG DM

Rasional
  • PERLEMBAGAAN NEGARA dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI ialah undang-undang tertinggi yang perlu dibaca, difahami dan dihayati oleh setiap rakyat dalam negera dan negeri di mana mereka bermastauttin.
  • PERLEMBAGAAN NEGARA kadang-kadang atau seringkali diselewengkan maknanya natijah daripada ketidakfahaman dan kepentingan tertentu.
  • PERLEMBAGAAN NEGARA dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI perlu dihormati pada setiap masa dan tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenang..

Objektif :
  • Memberikan penjelasan secara parameter Sejarah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957, dan Perlembagaan Malaysia Merdeka 1963.
  • Memberi penjelasan dan Memahami status Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Dapat memupuk perpaduan antara Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum, melalui pemahaman terhadap kandungan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dalam ertikata yang sebenar. 
Kertas Kerja :

3 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh Pemakalah atau Pembentang Kertas Kerja. 

Kertas Kerja 1
NEGERI PAHANG DALAM KONTEKS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Oleh : 
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan., SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP. (Timbalan Yang Dipertua Majis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merangkap Orang Besar Empat Pahang, dan Pengerusi PSMCP).    

Moderator :
YH Dato' Abd Ghani L Sulaiman (PSMCP)

Kertas Kerja 2 
SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MERDEKA 1957 dan PERLEMBAGAAN MALAYSIA MERDEKA 1963 :  SIGNIFIKAN DAN FASAL-FASAL TERAS.
Oleh  :
Dr. Nor Azlah Sham Rambely (Pensyarah Kanan Unit Kenegaraan - UUM)

Moderator
Dato' Mohd Hadi bin Shirin (PSMCP)

Kertas Kerja 3  
MELEWATI SETENGAH ABAD : NARATIF NEGARA-BANGSA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Oleh :
Tetuan Aidil Khalid (Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil)

Moderator
Dr. Mohamed Ali bin Haniffa (UUM)

Peserta Seminar
Seramai kira-kira 300 orang peserta.

Kategori Peserta :
Pegawai-pegawai kerajaan, para akademik, siswa/i pengajian tinggi, pemimpin komuniti, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin guru, pemimpin pelajar, ahli Persatuan Sejarah Malaysia,  seluruh negara, dan pencinta negara di kalangan pelbagai bangsa dan kaum akan menghadiri seminar ini.

Penghargaan dan Terima Kasih atas minat dan perhatian Anda !

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
PENGERUSI SEMINAR PERLEMBAGAAN@PSM KAWASAN LIPIS
HP  : 012-280 3685
Emel   : drswanamirzamp14@gmail.com

Friday, 19 August 2016

(68) LASBELA ANJURAN PSM CAWANGAN NEGERI PAHANG

KUANTAN - PSM CAWANGAN NEGERI PAHANG akan mengadakan satu LAWATAN SAMBIL BELAJAR DALAM NEGERI ke UTARA SEMENANJUNG - KEDAH dan PERLIS selama 4 hari mulai 4/10/16 hingga 7/10/16.
Perjalanan LASBELA ini melalui jalan daratan - BAS PERSIARAN.

HARI 1  -  Melawat Tapak Arkeologi - PERAK MAN (Perak) + LEMBAH BUJANG (Kedah)
                  Bermalam di ALOR SETAR. 

HAR  2 -  Melawat MUZIUM PADI + MAKAM PUTERI LINDUNGAN BULAN + TAPAK 
                 TAMADUN TERAWAL (Kedah)
                  Bermalam di ALOR SETAR.

HARI 3 -  Melawat ISTANA LAMA KAYANG + GUA KELAM + PEKAN PADANG BESAR 
                 (Perlis)
                 Bermalam di PERLIS.

HARI 4 -  Perjalanan Balik dari PERLIS - KUALA LUMPUR - PAHANG.

Ahli-Ahli PSMCP dan PSM KAWASAN LIPIS yang berminat menyertai expedisi daratan ini - sila hubungi urusetia lawatan :  DATIN SHARIFAH - 012-798 4786.

Monday, 15 August 2016

(66) HANG SEMAUN PUTERA HANG TUAH : ORANG KAYA LIPIS 1

Adapun kerabat LAKSAMANA HANG TUAH bukan sahaja ada di NEGERI MELAKA, tetapi juga di NEGERI PAHANG kerana zaman dahulukala NEGERI PAHANG dan MELAKA dua dalam satu.  Apa yang ingin hamba riwayatkan ini bukanlah dongeng, tetapi mengikut yang empunya cerita ada kebenarannya mengikut tradisi lisan - wallahualam.

Adapun jawatan ORANG KAYA LIPIS itu bermula daripada zuriat HANG TUAH yang bernama HANG SEMAUN, kekallah ia di bawah jalur keturunan ini, tiadalah ubah sepatutnya selagi ada bulan dan bintang sebab ia tradisi turun temurun kecuali keturunan ini tidak layak benar untuk memegang jawatan ORANG KAYA LIPIS.

Jadi, kerabat HANG TUAH di MELAKA itu masih ada kerabat mereka di PAHANG - yakni di KAWASAN LIPIS. SALASILAH-SALASILAH yang direkonstruksikan oleh kerabat-kerabat dan sejarawan tempatan boleh membantu kerabat-kerabat ini menyambung kembali kekerabatan HANG TUAH - PAHLAWAN MELAYU MELAKA yang terbilang, gemilang dan cemerlang. 

KAWASAN LIPIS (HULU PAHANG - PAHANG) amat bertuah kerana mempunyai tokoh seperti HANG SEMAUN dan kerabatnya yang banyak mencipta sejarah tempatan, terutama mewujdkan kekerabatan yang lebih besar.

Adapun jawatan ORANG KAYA LIPIS disandang oleh tokoh-tokoh berikut secara silih berganti :

Tok Kaya Hang Semaun bin HANG TUAH
Tok kaya Abdul Hamid
Tok Kaya Abdul Rahman
Tok Kaya Tun Bandu@Sulaiman bin TUN IBRAHIM (Bangsawan Melayu Melaka)
Tok Kaya Muhamad
Tok Kaya Abdul Hamid II
Tok Kaya Kasar
Tok Kaya Abdullah Hashim (Bugis)
Tok Kaya Cendak
Tok Kaya Busu
Tok Kaya Hassan
Tok Kaya (Wan) Teh
Tok Kaya (Wan) Sentol)
Tok Kaya Awang Perang
Tok Kaya Mahmud bin Mat (Pekan)
Tok Kaya Tan Sri Abdul Razak bin Hussein     

Adapun jawatan TOK KAYA LIPIS hendaklah disandang oleh waris keturunan ini, tiadalah ubah selagi ada bulan dan bintang - demikianlah adanya menurut yang empunya cerita dan amanah.   

(Susunan TOK KAYA LIPIS ini berdasarkan Manuskrip Jawi yang disimpan oleh En. Mohamed bin Mohd Sooud 012-932 5681 (Waris Tok Kaya Sentol).

Wallahualam
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Pengerusi PSM KAWASAN LIPIS
HP    : 012-280 3685
Emel : drswanamirzamp14@gmail.com  

Monday, 8 August 2016

(65) ICHCC-SEA 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON HISTORY AND CULTURE : HISTORY AND CULTURE IN PRE-COLONIAL MALAY ARCHIPELAGO 2016

KUALA LUMPUR - ICHCC 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON HISTORY AND CULTURE dijadual berlangsung pada  9-10 OGOS, 2016 (SELASA)  bertempat di DEWAN TUN HAMDAN - WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR.

Conference ini adalah penganjuran bersama :
  • MALAYSIA     - PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
  • FILIPINA         KAPISANANG PANGKASAYSAYAN NG PILIPINAS
  • INDONESIA   - MASYARAKAT SEJARAWAN INDONESIA
Seramai kira-kira 150 orang peserta dijadualkan menghadiri "conference" ini.  "International Conference" ini akan dihadiri oleh para peminat sejarah dan budaya daripada 3 buah negara  :  MALAYSIA - INDONESIA & FILIPINA.

08hb. OGOS, 2016
ISININ

Peserta INDONESIA & FILIPINA tiba di MALAYSIA - IBUKOTA (KUALA LUMPUR). 
Peserta MALAYSIA tiba di IBUKOTA (KUALA LUMPUR) - penginapan bebas.

09hb. OGOS, 2016
SELASA

8.00 pagi
Pendaftaran Peserta & Ketibaan Para Jemputan

9.00 pagi
Ketibaan Tetamu Utama

9.30 pagi
Lagu NEGARAKU
Lagu MEMARTABATKAN SEJARAH MALAYSIA

9.40 pagi
Bacaan Doa

9.45 pagi
Ucapan Aluan Pengerusi PSM, Tan Sri (Dr.) Omar Mohd Hashim

10.00 pagi
Ucapan Perasmian Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim - Penasihat Khas Hal-Ehwal Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Malaysia.

11.00 pagi 
Jamuan

11.30 pagi 
Pembentangan Kertas Kerja 1

01.00 t.hari
Makan Tengah hari

02.30 t.hari
Pembentangan Kertas Kerja 2

3.30 ptg
Minum Petang

4.00 ptg
Pembentangan Kertas Kerja 3

5.00 ptg
Bersurai


MAJLIS MAKAN MALAM

8.00 mlm  - ketibaan para peserta konvensyen & jemputan
                     ketibaan Ahli Majlis & Jawatankuasa Eksekutif

8.30 mlm  - Ucapan Aluan Pengerusi PSM - Tan Sri (Dr.) Omar Mohd Hashim

8.35 mlm - Penyampaian Cenderahati kepada pembentang kertas kerja & ketua 
                     delegasi INDONESIA & FILIPINA.

8.45 mlm - Menikmati Jamuan Makan Malam
                    Persembahan Kebudayaan oleh KUMPULAN PENARI A.J BlinG STAR 

10.45 mlm Bersurai


10hb. OGOS, 2016
RABU

Lawatan Intracity bagi peserta INDONESIA dan FILIPINA sahaja.

Wakil PSMKL :
1.  Hj. ABDUL RANI BIN WAHAB
2.  EN. HAMDAN BIN ABDULLAH     

Wakil PSMCP :
1,  DATO' HJ. MOHD HADI BIN SHIRIN
2.  HJ. MOKHTAR BIN ABDULLAH BAKRY
3.  HJ. ALANG AHMAD BIN TEH 
4.  EN. ABDUL RAHMAN BIN JOHARI