Tuesday, 5 January 2016

(56) KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI SEPANJANG SUNGAI JELAI - ANAK SUNGAI PAHANG

Oleh  :
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSM Cawangan Pahang@hli Jawatankuasa Eksekutif PSM (Pusat).


SUNGAI JELAI - anak SUNGAI PAHANG yang penting selain SUNGAI TEMBELING kerana sejak zaman berzaman Lembah SUNGAI JELAI dan Lembah SUNGAI TEMBELING mempunyai penghuni yang padat.

Di sepanjang SUNGAI JELAI bermula dari muara hingga ke hulu telah wujud KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI yang dibuka oleh para pengasas yang sebahagian zuriat mereka masih menjadi penghuni di kampung berkenaan.


Sebagai generasi yang telah, sedang dan akan menikmati perubahan kampung seperti seadanya sekarang, kita wajar mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan PENGASAS KAMPUNG yang penuh bijaksana meneroka petempatan untuk anak-anak cucu yang kemudian.

Generasi kini wajar mengenal siapakah tokoh yang menjadi PENGASAS KAMPUNG TRADISI di tempat kita tinggal sekarang.  Info yang ada sekarang menunjukkan kebanyakan kita tidak mengetahui NENEK-MOYANG kita yang bersusah-payah meneroka dan membuka sesuatu tempat dan menjadikannya petempatan untuk mereka, dan anak cucu yang terkemudian.

Kampung-Kampung Tradisi ini sebelum dapat diakses melalui jalan raya - SUNGAI JELAI merupakan LEBUH RAYA utama.

Informasi yang ada sekarang mungkin tidak begitu tepat - tetapi KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI di sepanjang SUNGAI JELAI seperti di bawah telah diasaskan oleh tokoh-tokoh yang pernah disebut dari generasi ke generasi.   Pentadbit blog ini amat mengalu-alukan pengunjung blog untuk berkongsi maklumat jika terdapat info yang lagi tepat.

MELA
Diasas dan dibuka oleh TOK RAHIM@TOK MELA keturunan Acheh - 1809.  Beliau berkahwin dengan Siti Sarah@Hitam Cuai.

KUALA KENONG

JERAM BUNGOR

KUALA LANAR 

TANJUNG LIPIS
Diasas dan dibuka oleh TUN IBRAHIM (Bangsawan Melayu Melaka) -  1615M

PEKAN LIPIS
Diasas dan dibuka oleh ORANG KAYA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN PANGLIMA PERANG WAN PAHANG - 1863M.

YONG BELIK
Diasaskan oleh BAGINDA DEMU.

PADANG TENGKU

RELONG
Diasas dan dibuka oleh TOK LINGGI@RAJA AHMAD - 1795M

BERCANG 
Diasas dan dibuka oleh TOK UTIH BOMO.

LUBOK KULIT 
Diasas dan dibuka oleh MENTERI SELAMAT.

TELANG
Diasas dan dibuka oleh Tok MUDA YUSOF

TG. BETONG


BUKIT KOTA
Diasas dan dibuka oleh SRI MAHARAJA PERBA WAN ISMAIL@WAN SARAH BIN WAN MUHAMMAD (MAHARAJA PERBA KE-III).

BUKIT BETONG

BERTANG 

TANJUNG GAHAI
Diasas dan dibuka oleh TOK TEKOK dan TOK SENGKUANG - 1899M.

PULAU BADAK

KETUYONG

KUALA MEDANG

JELAI KECIL  

Monday, 4 January 2016

(58) MEMOIR ALLAHYARHAM IBRAHIM OMAR : NOVELIS MELA (KUALA LIPIS - PAHANG)

Diwawancara Oleh  :
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com) - Pengerusi PSM Kawasan Lipis pada 05 Oktober, 2010 di kedimanannya di Kg. Mela - Kuala Lipis - Pahang DM.. 


 
NOVEL "DESA PINGITAN"- 1962 - DEWAN BAHASA & PUSTAKA


Allahyarham IBRAHIM OMAR telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 29 Oktober, 2010 (Jumaat) jam 10.50 pagi di kediamannya di Kg. Mela – Kuala Lipis, Pahang DM kerana sakit tua.  Pada 05 Oktober, 2010 tanpa dirancang, saya terasa ingin menemui beliau di kediamannya di Kg. Mela sesudah Persatuan Sejarah Malaysia mengundang beliau sebagai tetamu khas dalam satu Majlis Bersama Novelis Ibrahim Omar anjuran PSM Kawasan Lipis bertempat di Dewan UMNO BAHAGIAN LIPIS.  



Semasa pertemuan dengan beliau di kediamannya di Kg.Mela saya sempat mewawancara beliau mengenai riwayat hidup dan juga pelbagai cabaran hidup yang dilaluinya, serta minat beliau dalam bidang kesusasteraan. Kemudian, saya menyatakan hasrat PSM Kawasan Lipis untuk mengadakan Jamuan Makan Tengah Hari di rumah beliau dengan biaya persatuan.


Dukacita semasa Jamuan Makan Tengah Hari itu, beliau kelihatan sangat uzur dan tidak dapat makan bersama.


Semasa saya mewancara beliau, menurut beliau tarikh lahir sebenarnya ialah pada 17 Mac, 1928 bukan seperti yang tercatat dalam kad pengenalan.  Datuknya bernama Awang berasal dari Pekan, Pahang.  Datuknya merupakan Pawang Diraja semasa Sultan Abdullah memerintah Pahang.  Datuknya telah dibawa naik haji ke Mekah oleh Sultan Abdullah melalui kapal laut.  Selepas menunaikan haji, datuknya berhenti sebagai Pawang Diraja di Istana Pahang, lalu menetap di Kg. Benta, Pekan, Pahang DM.  



Beberapa lama kemudian, datuknya berpindah-randah ke beberapa kampung di Hilir Pahang sehinggalah beliau bercadang menetap di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.  Di Pulau Tawar, datuknya masih mendapati tempat itu tidak sesuai baginya, lalu berusaha mencari tempat lain. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Kg. Paya Chat - Jeram Landak – Kuala Lipis, Pahang.   Di samping berkebolehan sebagai Pawang, datuknya yang masih bujang ketika itu menjadi seorang pendakwah.

Beberapa ketika di Kg. Paya Chat - Jeram Landak, datuknya mengahwini gadis Jeram Landak bernama Sara.  Hasil perkahwinan datuknya, Awang dan Sara menghasilkan 4 orang anak : 

Deraman
Omar
Embor, dan
Hamid.



Ayahandanya, Omar bin Awang setelah berusia muda, kemudian turut mengahwini gadis Jeram Landak bernama Fatimah.  Hasil perkahwinan ini melahirkan 2 orang anak : 

Wahab
dan
Ibrahim.



Ibrahim Omar juga mengahwini gadis kampung, dan dikurniakan 5 orang anak :

Suri Despila
Mohd Mahyuddin
Puspa Ilhamku
Amir Marhin
dan
Adibah Masni.



Ibrahim Omar bersekolah di Sekolah Melayu Mela (1939).  Masuk Sekolah Jepun di Mela semasa berusia 12 tahun.  Semasa Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu, Ibrahim Omar masuk semula Sekolah Melayu Mela (1945) dalam Darjah 6.  Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Clifford (1947-1951) di Bandar Kuala Lipis. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Arab – Kuliah Lughah Waddin, Pekan (1953-1955). Disebabkan minatnya dalam bidang pelajaran meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan hidup, beliau telah mengambil Peperiksaan Senior Cambridge secara persendirian dalam tahun 1954, dan berjaya mendapat Gred 1.   



Meskipun lulus Gred I Senior Cambridge, tetapi Ibrahim Omar tidak memilih untuk bekerja di bandar, sebalik lebih suka tinggal di desa.  Di kampung, beliau telah memulakan perniagaan dengan membuka Kedai Runcit di Pekan Lama Mela.   Beliau juga cuba menanam getah kerana pada masa itu kebanyakan orang kampung lebih suka menanam getah sebagai bekal hari tua.  Kemudian, beliau turut ditawarkan mengajar Bahasa di Sekolah Cina di Mela.  



Bermula dalam tahun 1960, semasa di kampung beliau mula menulis berita bagi Utusan Melayu dan Berita Harian. 

Dalam tahun 1962, beliau telah memasuki Pertandingan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dalam pertandingan ini, novelnya “Desa Pingitan” telah memenangi Hadiah Kedua dengan bayaran sebanyak RM3,500 dan RM1,000 sebagai tambahan.   Selepas memenangi pertandingan, dalam tahun 1962 juga, Ibrahim Omar telah bersedia untuk berumah tangga.

Menurut Ibrahim Omar, semasa di kampung beliau menjadi cemohan orang kampung ketika itu kerana pendiriannya yang lebih minat menjadi penulis daripada makan gaji.  Beliau dianggap kurang waras kerana sanggup hidup di kampung sedangkan beliau boleh sahaja bekerja makan gaji dengan kehidupan yang lebih baik bagi dirinya dan keluarga.   



Pada tahun 1966, Ibrahim Omar pernah bertugas sebagai  guru besar di Sekolah Arab Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol, Perak.  Beliau  juga pernah bekerja sebagai kerani, dan pengarang Berita UMNO BAHAGIAN LIPIS.  

Ibrahim Omar merupakan sebutir bintang yang sukar dicari ganti kerana meskipun situasi di Kuala Lipis - Pahang yang penuh kesukaran, beliau masih berjaya menghasilkan karya sastera yang sangat bernilai.
 

Novel :




Embun dan Tanah - Pustaka Melayu Baru – 1965

 

Hilang - Pustaka Nasional Singapura – 1966

Hujan Panas - Pustaka Timur Kuala Terengganu 1966

Patah Galah Haruan Perahu - Utusan Melayu (M) Berhad - 1973)

Tiba Masanya - Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd – 1977

Cucu (1978) memenangi hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Novel hari
Guru

Rembang Merah (1979) menjadi teks bacaan penting peringkat
sekolah menengah rendah

Tok Bilal (1985) memenangi hadiah sagu hati
dalam Peraduan Menulis Novel Islam anjuran yayasan Islam Terengganu
dan novel Bencana (1988).



Beliau juga menghasilkan beberapa buah cerita rakyat dan novel kanak-kanak/remaja seperti:

Bintang-Bintang Harapan (1984)

Baju Biru Nombor 10 (bersiri) (1985)

Istana Seri Kelopak (1985)

Perang Kerambit (bersiri) (1986)

 Tuk Selampit- 1986

Tuk Segenting - 1986)



Beliau meninggalkan banyak buah tangan khususnya novel hampir 50 buah, beberapa buah cerpen, skrip drama radio dan juga sajak. Cerpen-cerpen beliau pernah tersiar dalam majalah Dewan sastera, Dewan Masyarakat, Mestika dan akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, dan Utusan Zaman.  Sebahagian besarnya cerpennya terkumpul dalam kumpulan Imbuhan Ombak (1966), antologi Gelisah , Menunggu, Menunggu Ratu Adil antologicerpen bersama penulis lain . Puisinya tersiar di Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan dewan sastera.  Kebanyakan latar dan watak ceritanya mendasari kisah desa dan kehidupan masyarakat kampung sesuai dengan aliran “seni untuk masyarakat”. Kekuatan beliau melalui pengalaman memahami dan menceritakan kembali kisah masyarakat desa inilah yang menjadikan kekuatan kepada latar masyarakat dalam setiap novel dan cerpen beliau.

Allahyarham juga menulis cerpen dan sajak, rencana dan ulasan karya kreatif. Selain itu beliau juga menulis drama Keris Taming Sari yang pernah dipentaskan beberapa kali oleh persatuan belia di kampungnya. Beliau sempat menghasilkan dua buah novel dalam Bahasa Inggeris iaitu The Village dan We Are Malaysians.

Penulis mengenali beliau secara dekat pada sekitar tahun 1987 hingga 1990. pada pengamatan penulis beliau seorang yang ikhlas, pejuangsastera yang gigih dan tidak lokek dengan idea.

Sebagai mengenang jasanya kepada negara Allahyarham pernah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 1972, Pingat Pangkuan Negara (PPN) - 1974 dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) - 1989.

(57) KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI SEPANJANG SUNGAI LIPIS - ANAK SUNGAI JELAI

 Oleh  :
Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP. (wanamirzamp@yahoo.com)
Pengerusi PSM Kawasan Lipis@AJK PSM Cawangan Pahang@hli Jawatankuasa Eksekutif PSM (Pusat).


KG. TANJUNG LIPIS
Diasas dan dibukan oleh TUN IBRAHIM BIN TUN MUHAMMAD (Bangswan Melayu Melaka) - 1595M.

KG. BINJAI

KG. PAGAR
Diasas dan dibukan oleh  (Raja) MOHD ALI JAAFAR@Tok Diong bin BAGINDA DEMU - 1540M

PENJOM

BENTA

JERAM BESU

Saturday, 2 January 2016

(59) AHMAD BIN KOTOT - PENULIS GURU dan NOVELIS TANJUNG BESAR - BENTA - PAHANG DM

TANJUNG BESAR, BENTA (LIPIS) - AHMAD BIN KOTOT merupakan seorang GURU MELAYU yang agak berbeza dengan GURU-GURU MELAU di DAERAH LIPIS zaman sebelum PERANG DUNIA II (1942-1945).

Dilahirkan di KG. TANJUNG BESAR dengan situasi kampung yang serba kekurangan ketika itu, tetapi berjaya menghasilkan sebuah karya sastera berjudul - HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN.

Dari segi kekerabatan - AHMAD KOTOT adalah keturunan dari warisan TOK KAYA HASSAN (ORANG KAYA LIPIS).  TOK KAYA HASSAN mempunyai 3 orang anak perempuan :  

MASNAI
SERIMAS dan
MIDAH.

MIDAH berkahwin dengan MAN ....... melahirkan 3 orang anak : SAHU, NIT dan KOTOT.  KOTOT berkahwin dengan NODAH .....melahirkan 6 orang anak : 

AHMAD
ADAM
SERIMAS
BAKAR
ABAS dan 
MAHUSIN.

AHMAD berkahwin dengan HAJIWAH BT IMAM ADON ......... dapat seorang anak :  KAMARUZZAMAN. 

Demikianlah adanya .....wallahualam.

Friday, 1 January 2016

(55) SELAMAT TAHUN BARU - 2016


PSM KAWASAN LIPIS mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU - 2016 kepada semua ahli persatuan.  Semoga sepanjang tahun 2016 ini, kita dapat mengubah kehidupan kita yang seadanya sekarang kepada keadaan yang lebih baik.  Insyallah.

Terima Kasih Kerana Memberi Sokongan Kepada Persatuan.

"LIPIS KAWASAN WARISAN SEJARAH"

Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
PENGERUSI
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis
Emel : drswanamirzamp14@gmail.com