Saturday 16 January 2016

(52) BEKAS KEDIAMAN ORANG KAYA IJAU BIN CHU- KG NEPAL (MUKIM BUDU) - 1924

KUALA LIPIS :
Bekas Kediaman IJAU BIN CHU BIN SHAHBUDIN@ORANG KAYA IJAU di KG. NEPAL (MUKIM BUDU) - 1924- menarik perhatian PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS bukan sahaja kerana usianya kini mencecah 92 Tahun, tetapi masih teguh fizikalnya dan masih boleh didiami.

Pengerusi PSM Kawasan Lipis, Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab.Hamid berpendapat, bekas kediaman allahyarham Orang Kaya Ijau bin Chu ini perlu dipelihara dan dipulihara oleh anak-cucu, dan pewaris kediaman ini, tidak boleh terbiar begitu sahaja. Dalam konteks zamannya, bekas kediaman ini merupakan premis bangunan yang terawal menggunakan tiang batu.  

Bekas Kediaman OK IJAU - Kg. Napal - Mukim Budu - Benta - Pahang DM
Usia (1924-2015) = 91 Tahun

Mengikut waris terdekat keluarga, Hj. Anuar Rahman, senibina bekas kediaman ini dikatakan mempunya pengaruh "Senibina Rumah Masyarakat Rawa" yang dominan di sekitar Gesing dan Dong - Raub, Pahang ketika itu.   Bekas kediaman ini dikatakan dibina oleh Tukang Cina, orang yang sama dikatakan membina "Clifford School" - di Bandar KualaLipis - Pahang.

Pada zamannya, jelas Hj. Anuar Rahman, rumah ini pernah menjadi ikon masyarakat Kg. Napal kerana OK Ijau semasa hayatnya menjadikan kediamannya untuk digunakan oleh masyarakat sekeling untuk pelbagai guna seperti perkahwinan, perhentian sementara musafir, dan pelbagai kesulitan masyarakat ketika itu.  

Menurut Hj. Anuar Rahman lagi, rumah ini dahulunya kepunyaan OK IJAU BIN CHU,diwarisi oleh anaknya HJ. NAI BIN IJAU (Guru Pelawat).  Kemudian, rumah ini diwarisi pula oleh anak-anak Hj.NAI.   Tetapi skarang, rumah ini tidak lagi berpenghuni kerana waris-waris HJ. Nai mempunyai keluarga dan rumah masing-masing.

Jadi, Hj. Anuar berpendapat, elok jika kediaman OK IJau yang diwarisi oleh anaknya Hj. Nai ini dijadikan GALERI SEJARAH OK IJAU, dan dimanfaatkan oleh komuniti setempat.  Selain kediaman, OK Ijau meninggalkan pelbagai barang lama yang pernah digunakan semasa hayat beliau.  Bagi tujuan untuk merealisasikan hasrat ini, Hj. Anuar Rahman sebagai Koordinator Projek ini telah mengadakan Majlis Diskusi Keluarga bersama Pengerusi PSM Kawasan Lipis - Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid pada 14 Januari, 2016 (Khamis) jam 2.30 ptg bertempat di RIVERTERRACE CHALET & CAFE - ULU YAM, SELANGOR DE (Milik EN. ABD RAHIM RAHMAN).

Foto Kenangan 14/01/2016
DI RIVERTERRACE CHALET & CAFE - ULU YAM - SELANGOR DE
(Milik EN ABD RAHIM RAHMAN) 

Dari Kiri :
Captain Dato' Ab. Rahim Manaf, En. Zambery Zulkifly, Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab Hamid (Pengerusi PSM Kawasan Lipis), En. Abd Rahim Rahman, Hj. Anuar Rahman dan Pn. Haniza Rahman.   

 PAPAN TANDA - DARI KG. NAKHODA - KE ULU YAM- KANAN JALAN

  PAPAN TANDA - DARI ULU YAM - KE KG. NAKHODA

 Foto  :  14/01/2016
JALAN MASUK KE RIVERTERRACE CHALET & CAFE 

 Foto  :  14/01/2016
RIVERTERRACE CAFE

 Foto  :  14/01/2016
RIVERTERRACE CHALET



  Foto  :  14/01/2016
SUNGAI - BERHAMPIRAN RIVERTERRACE CHALET & CAFE