Monday 15 August 2016

(66) HANG SEMAUN PUTERA HANG TUAH : ORANG KAYA LIPIS 1

Adapun kerabat LAKSAMANA HANG TUAH bukan sahaja ada di NEGERI MELAKA, tetapi juga di NEGERI PAHANG kerana zaman dahulukala NEGERI PAHANG dan MELAKA dua dalam satu.  Apa yang ingin hamba riwayatkan ini bukanlah dongeng, tetapi mengikut yang empunya cerita ada kebenarannya mengikut tradisi lisan - wallahualam.

Adapun jawatan ORANG KAYA LIPIS itu bermula daripada zuriat HANG TUAH yang bernama HANG SEMAUN, kekallah ia di bawah jalur keturunan ini, tiadalah ubah sepatutnya selagi ada bulan dan bintang sebab ia tradisi turun temurun kecuali keturunan ini tidak layak benar untuk memegang jawatan ORANG KAYA LIPIS.

Jadi, kerabat HANG TUAH di MELAKA itu masih ada kerabat mereka di PAHANG - yakni di KAWASAN LIPIS. SALASILAH-SALASILAH yang direkonstruksikan oleh kerabat-kerabat dan sejarawan tempatan boleh membantu kerabat-kerabat ini menyambung kembali kekerabatan HANG TUAH - PAHLAWAN MELAYU MELAKA yang terbilang, gemilang dan cemerlang. 

KAWASAN LIPIS (HULU PAHANG - PAHANG) amat bertuah kerana mempunyai tokoh seperti HANG SEMAUN dan kerabatnya yang banyak mencipta sejarah tempatan, terutama mewujdkan kekerabatan yang lebih besar.

Adapun jawatan ORANG KAYA LIPIS disandang oleh tokoh-tokoh berikut secara silih berganti :

Tok Kaya Hang Semaun bin HANG TUAH
Tok kaya Abdul Hamid
Tok Kaya Abdul Rahman
Tok Kaya Tun Bandu@Sulaiman bin TUN IBRAHIM (Bangsawan Melayu Melaka)
Tok Kaya Muhamad
Tok Kaya Abdul Hamid II
Tok Kaya Kasar
Tok Kaya Abdullah Hashim (Bugis)
Tok Kaya Cendak
Tok Kaya Busu
Tok Kaya Hassan
Tok Kaya (Wan) Teh
Tok Kaya (Wan) Sentol)
Tok Kaya Awang Perang
Tok Kaya Mahmud bin Mat (Pekan)
Tok Kaya Tan Sri Abdul Razak bin Hussein     

Adapun jawatan TOK KAYA LIPIS hendaklah disandang oleh waris keturunan ini, tiadalah ubah selagi ada bulan dan bintang - demikianlah adanya menurut yang empunya cerita dan amanah.   

(Susunan TOK KAYA LIPIS ini berdasarkan Manuskrip Jawi yang disimpan oleh En. Mohamed bin Mohd Sooud 012-932 5681 (Waris Tok Kaya Sentol).

Wallahualam
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Pengerusi PSM KAWASAN LIPIS
HP    : 012-280 3685
Emel : drswanamirzamp14@gmail.com  

No comments:

Post a Comment